My Nuffnang

When 2 Become 1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 20, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah


Sinopsis :
Husin has been working in Singapore for some time and decides to return to his hometown, Banana Village. Upon returning, he feels that his neighbour Mak Limah is strange as she does not speak nor sleep. He then tells patrons at Pak Jabit's coffee shop that Mak Limah might be a ghost. Pak Abu decides they should investigate further but when they go to her house, she is already a rotting corpse! However, things get more interesting when the village is haunted by a strange occurrences, despite the burial of Mak Limah.

Igt tak entry yg lepas, aku mentioned yg kami nak tgk citer Mamat Khalid pulak??
Husband bz the next day, tp dia beli ticket pada Hari Rabu - 15Dec. Sepatutnya Rabu malam tu dia nak tgk bola di Bukit Jalil, husband ckp malas dan dia beli ticket HKLBR nie.. Seats penuh wei!

Mmg tergelak lah nengok citer nie..
Sblm tu pun, ramai kawan2 sms dok push aku.. "u wont regret, wana.. sila tgk!".. uuigghh.. sampai gitu kawan2 sms.. ada yg pesan.. "sblm mask panggung, sila kencing dulu.. sbb kat dlm tu takut tak sempat gi toilet.." wah.. sampai gitu sekali..!

Mmg betul pun, we not regret.. Jarang lawak yg gini ader kat Meshia nie..
Keep it up Mamat Khalid!

Thats all for entry kali nie.. Tunggu entry bercuti di Cameron Highland.. tgh tunggu gambo..

Wednesday, December 15, 2010

DOA DARI SEORANG SUAMI

Malam td kami sembahyang Isyak berjemaah dirumah.. Selesai bagi salam yg kedua; husband berdoa seperti biasa dan tetiba aku menjadi sayu bila husband berdoa :

"Ya Allah Ya Tuhan kami, murahkanlah rezeki kami, kurniakanlah anak yg soleh dan solehah kepada kami "

Maknanya kini dia mengharap anugerah ALLAH yg tak terhingga itu..
Semoga doa kami didengar & diperkenan oleh Yang Maha Esa.. Amin..

Tuesday, December 14, 2010

NGANGKUNG


Sinopsis:
"Ngangkung" tells the story of a lorry driver Azim who lives a moderate lifestyle with his wife Suri and his daughter. Tasnim and Wan are Azim's closest friends and they start influencing Azim to bet on the lottery. Things take a turn when the number acquired by Tasnim by the way of 'ngangkung' is successful and it changes things completely as Azim starts to enjoy indulging in the activity.

Last weekend, setelah penat buat makan2 dirumah husband ajak bersantai tgk movie.. Plan to watch Hantu Kak Limah Balik Rumah, tapi ticket habis! As an alternative husband nak tgk movie nie dulu and tonite kami akan menonton cerita Mohd Khalid tu pulak..!

Mari support filem Melayu!!!

Monday, December 13, 2010

HAPPY BIRTHDAY HUSBAND!!


As Salam..
Remember last entry i've mentioned to "preparing something"??
This is all about my hubby's suprised birthday party!
Niat nie dah lama diniatkan dlm hati since hubby bg tau yg dia sgt bz on that day!
Aku tau kalau aku reserved dinner kat mana2 mesti lambat dan buat aku masam mencuka..!

Since ms pg Morib hr tu, my family said that they want to make surprised to hubby, aku bertambahlah excited.. semua dah deal! But on my hubby's side ramai yg tak da.. Even my MIL ke Johor pd hr itu.. I just proceed without them.. My SIL said, we will do another celebration when we go bercuti to Cameron Highland this weekend.. Ok lah..

Hr Sabtu, aku bersendirian mbeli barang2 utk di masak.. Dgn niat tak nak susahkan sapa2.. Biarlah dia org dtg utk makan dan meraikan my husband jer.. I've informed them the makan2 will start after Isyak mlm tu.. The day b4, i dah tempah kek di Secret Recipe so on the day it self tak der la kelam kabut, sbb aku tau aku akn msk seorang diri! Yakin dgn tak yakin je lah msk big portion.. kalau tak cuba tak tau.. Aku tawakal!

Start to cook about 1400hrs.. Menu of the day is Nasi Ayam + Cabonara.. By 1730hrs my aunty dah sampai.. follow by my mom.. dia org cuma tolong aku to goreng ayam and goreng mihun.. aku sempat keluar ambik kek di JJ and sent to cousin's house.. The rest tolong aku to take out all the perabot letak kat luar.. Al Maklumlah umah bukan besar pun.. Itu pun aku tgk dah santak..

For info, hubby mmmg tak tau langsung yg dia org semua dah bertamadun kat umah kami.. I just inform hubby yg aku dah book dinner, by hook or by crook he have to make it wpun lambat..! Sangat kan???

Husband sampai umah dlm kul 2045hrs.. Mmg dia terkejut giler lakan.. Tgk ramai manusia kat umah kami.. Tergelak2 dia masuk and said "NIE MMG BETUL2 SURPRISED!" ijust smile and ask him to mandi and bersiap.. Tunggu my SIL sampai then br start potong cake..


Another surprised to my adik.. Bday dia on 13th Dec.. His GF pun dah deal with me, yg dia akan buat surprised.. Mati2 my brother igt GF dia tak datg sedangkan kita org dah sorok GF dia dalam bilik since pukul 1930hrs..! After nyanyi for my hubby, 2nd bday song to my brother and GF dia keluar bersama another cake!..

Aku sgt appreciate to all yg sama2 meraikan bday my husband.. wpun tak cukup korum..
dan yg paling penting, my husband happy! Aku juga berjaya memasak for big portion! hehehe..



To my in laws side, i will arrange another makan2 for u all nanti k!
To my family; thank u so much luangkan masa wpun jauh.. (jauh sgt ker??)
Tak lupa to Kak Ina & Kak Manja and Abg Nani for ur time!

For my hubby;
Happy Birthday! Semoga Panjang umur dan dimurahkan rezeki..
Saya sayang awak sangat2!!


P/S: Gambar banyak goyang! jawes la camera man nie..huhuhu

Friday, December 10, 2010

SOMETHING???

I will preparing "something" for tomorrow!!

Yeayyy!!

Will update in this blog.. !

Wednesday, December 8, 2010

MINI HJ AHMAD & RUBIAH FAMILY DAY!!


Mcm havoc jer title tu kan??
Hahaha..
Tp itulah hakikatnya.. mini family day yg dianjurkan oleh sepupu sepapat dan makcik, pakcik aku!! We came from big family members..(belah my abah).. Abah aku anak yg sulung dan mempunyai 9 adik beradik... Can u guys imagine berapa ramai manusia yg berkumpul kat umah atuk during hari raya or for any family occasion????
Average sorang(adik beradik abah aku)ader 5 org anak.. 5 orang anak tu dah berkahwin.. and now my atuk (Hj Ahmad) dan berumur 110 tahun dan Al-Hamdulillah masih sihat dan tidak nyanyuk! I still have nenek yg umurnya hampir 90tahun dan both of them sudah mempunyai cicit!!!! and i have 42 cousins!!! (belum campur spouse).. Ramaikan?? So, 1 atuk & 1 nenek jer bole buat lebih kurang 4 team bola sepak!!

Mini family day kami adakan semalam 07th Dec 2010 di Pantai Morib.. Ok, lah kan.. most of my family berasal dr Klang.. the nearest pantai is Morib.. Cuti 1 hari jer, so perjalanan tu tak der lah jauh sgt..

Pagi tu, seawal 5 pg aku dah bangun.. masak! Potluck.. Memilih food yg senang dimasak - Pasta Carbonara.. dalam pukul 0630 pg semuanya siap termasuk packing barang aku dan suami.. Aku dan suami keluar dr umah lebih kurang pukul 0730pg.. tunggu my mak usu and cousin - Boboy di Jalan Ampang.. Bertolak lebih kurang kul 0815pg(sbb tunggu Boboy melepas bomb! hahaha)dan sampai di Morib lebih kurang kul 0940 pg..

Sampai, terus breakfast nasi lemak yg dibawa oleh Family Angah.. Nyum nyum sedap, hubby bertambah.. yg mana yg nak mandi semua dah turun ke laut (walau pun air di Morib itu seperti nescaffe susu..)Aku?? oh tidak.. aku tak minat mandi laut..
So, kami enjoy dgn berborak dan bertukar cerita.. (Seronok wei!!)

Lepas zuhur, telematch bermula.. ! nak tak nak aku turun jugak.. 1st game, isi air dlm cawan.. tergelak2 berlari walaupun ada yg main tipu!Hahaha (adik aku la tu)2nd game, lari kepit belon: yg nie nak terbelahak aku gelak..! Mcm2 ragam! 3rd game, ikat kaki bersama belon with spouse.. belon sapa pecah disqualified! (pun aku kena majal dgn adik aku..) 4th game lari kaki ikat bersama spouse.. last game kami main galah panjang..!! berapa puluh tahun dah aku tak main game nie.. hahaha.. but we really enjoy yesterday!!

ok, aku gemok..!! babye!

about 5pm, kami bergerak pulang dgn seronok dan muka ku SUNBURN.. huhuhu.. my husband said my nose merah mcm clown! its burn..! and perit tau..

p/s: Nadia, cepat sikit anto gambar..

MAAL HIJRAH 1433


As Salam,,
Selamat menyambut tahun baru kepada semua..
Bersyukur masih lagi bernafas dan menikmati nikmat yg diberikan..
Azam & niat tahun lepas dah tercapai?? Hmmm.. tak semua azam yg aku tanamkan tahun lepas accomplished, tp akan aku pastikan tahun baru nie, misi yg lepas akan tercapai.. have to bring forward.. wajib! Insyallah..

Masih igt Awal Muharram 3 tahun lepas, berniat utk bertudung dan Al-Hamdulillah resolusi ini berjaya dikekalkan sehingga hr ini.. dan harap dikekalkan sehingga ke ahir hayat.. Insyaallah..

1432 hijrah, meninggalkan kenangan yg sgt manis dlm hidup.. Bersatu sebagai suami isteri dengan lelaki yg amat ku cintai.. Dugaan dan cabaran selama 10 tahun berkawan, di akhiri dgn ikatan perkahwinan.. Al-Hamdulillah.. Bersyukur kepada Yang Maha Esa..

Tahun ini melangkah ke tahun baru dengan semangat yg sgt membara.. Salah satu yg akan ku pastikan, akan menjadi isteri yg baik kepada suaminya.. Walau masih banyak yg perlu aku belajar dan memperbetulkan apa yg kurang dlm diri! Insyaallah..

Mari kita berazam dan berdoa utk menjadi lebih baik dr sebelumnya..
Semoga diberkati olehNya.. Insyallah..

Monday, November 22, 2010

OUR WEDDING STORY BOOK


Walaupun 8 bulan sudah bergelar suami isteri, kami masih enjoy dan still excited dgn gambar kahwin kami.. Package yg kami ambil dr kawan aku nie bole dikatakan reganya "OK" dan memadai lah - special discounted to us tp harganya still beriban hokey!

Kenapa aku kata OK dan memadai sbb, the package covered for 5 events yg berlangsung during our wedding hr tu ; Prewedding, nikah, berinai, bersanding + outdoor, bertandang + outdoor. Dengan harga yg ditawarkan, hokey sgtlah kot dan kami setuju menjadikan dia sebagai op's kami..

Ramai b2b, mantan b2b, yg cari official photographer thru internet, kenalan etc.. Ada kebaikan dan keburukannya jugak.. Ditipu..!!
Contoh terdekat; my cousin - seek from internet; majlis berlangsung June2009 sampai sekarang album tak dapat lg.. Full Payment dah bagi.. Apa kejadah dah setahun lebih tak dapat lg gambar kahwin kan?? Nama "pengantin" tu pun dah basi; tetiba gambar br dapat???? Lg satu contoh; from my blogger's fren, kesian sgt.. dia kahwin dulu dr kami tp sampai sekarang tak dapat album kahwin.. dah beranak dah pun kawan aku nie!

Aku tak faham dgn photographer2 nie.. aku percaya ini adalah salah satu sumber rezeki utama dia org yg nak dibagi kepada anak bini sendiri kalau tak pun utk menyara diri sendiri.. Bila full payment dah dapat, buat lah kerja tu sebaik2 nya.. Itu kira amanah dr pengeluar duit.. kalau tak amanah, mcm mana nak maintain business?? bila reputasi tak bagus, mcm mana nak maju? macm mana nak cr makan?? Charges yg dikenakan pulak, bukannnya sengget dua hengget, beribu beb!

Further, wedding nie kenangan seumur hidup! Bila customer assigned & hired u all sebagai Op's maknanya dia org percaya kan korang ~ jd tolong lah bertanggungjawab.. u all nie di bayar!! Tak faham betul aku dgn org yg sebegini..!

Tetiba aku emo kan?? Aku pulak yg rasa sakit hati dgn op2 yg tak bertanggungjawab nie..!

Kesimpulannya, for those b2b or sesiapa jer yg nak hire photographer, kalau bole check background / reputasi op2 nie and make sure ader black & white.. senang nak ambil tindakan..! Untuk op2 yg tak bertanggung jawab - SENDIRI MAU INGAT..!!

p/s: Ayu, itulah story book kami..
ada 4 sets sebenarnya.. 2 warna hitam & 2 warna putih..
Datang lah rumah, kalau nak tgk k.. Take care!


Tuesday, November 9, 2010

MALAM BERINAI 06TH MARCH 2010

As Salam semua..

Tetiba teringat ms Malam Berinai kami.. Ader cerita disebalik pemilihan baju.. Aku teringin sgt nak pakai baju kebudayaan atau baju kebangsaan nie.. harusnya aku rahsiakan drpd suami.. takut dia tak nak pakai.. Sampai sanggup nak tempah exactly mcm yg aku betul2 nak..

Merata lah jugak aku cari warna yg aku nak.. sgt susah nie nak cr colour yg itu.. sampai merisaukan lah! hahaha.. kehulu kehilir mencari.. akhirnya aku mengalah.. ok, lah kalau tak der warna yg itu, aku pakai je lah warna apa yg ader.. dah lah rahsiakan dr suami..

Since aku nya mak andam, sepupu aku sendiri.. so i can ALWAYS being choosy.. cerewet jugak lah kot aku nie.. haruslah kan?? time final fitting, my cousin dapat gak kaler yg similar mcm yg aku nak walaupun paternnya tak sama yg mcm aku idam kan.. ok, lah.. itu pun bersyukur sgt..



2 weeks, before final fitting, tiba2 my husband proposed ; "awk, apa kata kita pakai baju JAWA ms malam berinai..? nampak lain sikit kot.." lah mak aiii...! awat lah tak bg tau awal2? aku mmg lah teringin sgt nak pakai baju JAWA nie since aku nie pun anak jawa... penat aku rahsiakan dgn mak andam.. rupanya dia sgt lah sporting..


Nak tau aku nak design baju JAWA yg mcm mana?? aku nak exactly yg mcm MAWI & EKIN nya baju.. dgn kaler2 sekali..! silver gray.. since mak andam ader warna grey dan malas nak susahkan mak andam lg, aku pun ok ajer lah..
Kenangan nie tetap terpahat dlm ingatan kami.. thank you for those yg involved secara langsung atau tidak during our majlis ketika itu..



Monday, November 8, 2010

The Rest Of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You’ve found your home and sail with me
And I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart

I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And there’s a couple of words I want to say

For the rest of my life
I’ll be with you
I’ll stay by your side
Honest and true
Till the end of my time
I’ll be loving you
Loving you

For the rest of my life
Through days and nights
I’ll thank Allah
For opening my eyes
Now and forever I
I’ll be there for you
I know it deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I asked Allah to bless all we do
You’re my wife and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah

All I know I found myself
I feel so strong
Yes every thing was changed when you came along
And there’s a couple of words I want to say

For the rest of my life
I’ll be with you
I’ll stay by your side
Honest and true
Till the end of my time
I’ll be loving you
Loving you

For the rest of my life
Through days and nights
I’ll thank Allah
For open my eyes
Now and forever I
I’ll be there for you
I know it deep in my heart

Now that you’re here
In front of me
I strongly feel love
And I have no doubt
I’m singing it loud
That I will love you eternally

For the rest of my life
I’ll be with you
I’ll stay by your side
Honest and true
Till the end of my time
I’ll be loving you
Loving you

For the rest of my life
Through days and nights
I’ll thank Allah
For open my eyes
Now and forever I
I’ll be there for you
I know it deep in my heart

Wednesday, November 3, 2010

Rahsia Kecil Kebahagiaan

Rahsia kebahagiaan adalah memusatkan perhatian pada kebaikan dalam diri orang lain. Sebab, hidup bagaikan lukisan: Untuk melihat keindahan lukisan yang terbaik, lihatlah di bawah sinar yang terang, bukan di tempat yang tertutup dan gelap seperti sebuah gudang.

Rahsia kebahagiaan adalah tidak mengelakan diri dari kesulitan. Dengan memanjat bukit, bukan meluncurinya, kaki seseorang akan tumbuh menjadi kuat.

Rahsia kebahagiaan adalah melakukan segala sesuatu bagi orang lain. Air yang tak mengalir tidak berkembang. Namun, air yang mengalir dengan bebas selalu segar dan jernih.

Rahsia kebahagiaan adalah belajar dari orang lain, dan bukan mencuba mengajari mereka. Semakin anda menunjukkan seberapa banyak anda tahu, semakin orang lain akan mencuba menemukan kekurangan dalam pengetahuan anda.

Rahsia kebahagiaan adalah kebaikan hati: memandang orang lain sebagai anggota keluarga besar Anda. Sebab, setiap ciptaan adalah milik Tuhan. Kita semua adalah ciptaan Tuhan yang satu.

Rahsia kebahagiaan adalah ketawa bersama orang lain, sebagai sahabat, dan bukan ketawakan mereka, sebagai hakim.

Rahsia kebahagiaan adalah jangan pernah merampas atau mengurangi hak orang lain. Lebih indah bila orang berdoa utk kebaikan kita daripada sumpah serapah orang yg teraniaya oleh kita . Perlu diingat, doa yg cepat dikabulkan adalah doa orang teraniaya.

Rahsia kebahagiaan adalah tidak sombong. Bila anda menganggap mereka penting, anda akan memiliki sahabat ke manapun anda pergi. Ingatlah bahawa musang yang paling besar akan mengeluarkan bau yang paling busuk lagi menyengat!

Kebahagiaan datang kepada mereka yang memberikan cintanya secara bebas, yang tidak meminta orang lain mencintai mereka terlebih dahulu.

Bermurah hatilah seperti mentari yang memancarkan sinarnya tanpa terlebih dahulu bertanya adakah mereka perlu merasa kehangatannya.

Kebahagiaan bererti menerima apapun yang datang, dan selalu mengatakan kepada diri sendiri “Aku bebas dalam diriku”.

Kebahagiaan bererti membuat orang lain bahagia. Padang rumput yang penuh bunga membutuhkan pohon-pohon di sekelilingnya, bukan bangunan-bangunan batu yang kaku.

Kelilingilah padang hidup anda dengan kebahagiaan. Kebahagiaan berasal dari menerima orang lain sebagaimana seadanya; ternyata menginginkan mereka bukan sebagaimana adanya.

Betapa akan membosankan hidup ini jika setiap orang sama. Bukankah taman pun akan tampak janggal bila semua bunganya berwarna ungu?

Rahsia kebahagiaan adalah menjaga agar hati anda untuk terbuka bagi orang lain, dan bagi pengalaman-pengalaman hidup.

Hati laksana pintu sebuah rumah. Cahaya matahari hanya dapat masuk bilamana pintu rumah itu terbuka lebar.


Tuesday, November 2, 2010

Padamu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

reff:
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud


Monday, November 1, 2010

ADER AKU QESAH??

Ntah, ikut kan hati malas nak citer pasal entry kali nie..
Sbb perasaan SABAR yg aku ader nie dah sampai tahap klimaks! Menipis! Geram meluap2!
Kat mana lg aku nak menelampiaskan perasaan nie?? Blog nie lah juga yg mjadi peneman!

Asal benda yg jd jer, aku yg di salahkan.. Sedangkan aku nie bodoh2 tak tau menda..!
Yg aku pelik, tak nak lah pulak ckp atau bertanya direct dgn org yg sepatutnya..!! Aku nie lah yg selalu jd dinding melepas geram..! Ingat aku nie batu bata ker?? Tak da hati perasaan?

Please lah..!! I'm getting tired to face all this nonsense things!
Kang kalau tegur, ckp mulut nie jahat! Kalau aku diam, malampau2 pulak pijak kepala hotak aku! Lama aku diam.. Lama aku perhatikan..!

Aku nie bukan jenis yg melewer suka bercerita ttg keburukan org.. sbb aku nie sentiasa sedar diri tentang kekurangan diri..! Tp aku masih peka, aku masih tau menjaga sensitivity manusia lain..!

Ya Allah, ampunkan lah dosa ku ini.. Sesungguhnya aku insan yg kerdil lg lemah..!

Tuesday, October 26, 2010

ANOTHER DOA TO SHARE FROM MY BELOVED COUSIN

Salam,

Doa dari Dr. Fatma untuk dapatkan zuriat. (dia minta sampaikan kepada yang memerlukan)



1. Baca surat ali-imran – ayat 38 seperti dilampiran. (doa Nabi Zakariya)

(Robbi habli min ladun ka zurriyatan thoiyibatan inna ka sami u’d du aakh’)



Maksud nya :

Wahai tuhan ku, kurniakanlah kpd hamba dari sisi tuhan hamba sendiri zuriat kuturunan yang baik; sesungguhnya tuan hamba sentiasa mendengar/menerima doa permohonan”


Baca setiap solat waktu sujud akhir. Buat tanpa henti selama 3 bulan berturut2 (insyaalah)



2. Baca : Nama Allah

Ya Wahab, Ya Rozzak, Ya Karim, Ya Fatah, Ya Kholiq, Ya musawwir, ya bariq

Sambil mengusap-ngusap perut.

Lepas tu bersama dengan pasangan.



Insyaalah dengan izin Allah akan dikurniakan zuriat.

Kepada pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak mendapat anak atau yang ingin cepat mendapat anak, cuba amalkan petua di bawah.

Kaedah A: Buat senaman batin setiap kali bangun tidur pada waktu pagi. Ia baik untuk lelaki yang telah berumahtangga.

Kaedah B: Selama 3 bulan si suami perlu mengamalkan meminum air suam bercampur madu pada setiap awal pagi.

Kaedah C: Mengamalkan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara solat sunat dan fardhu selama 40 hari berturut-turut.


DOA..

Just want to share with u guys yg sama menanti anugerah Allah yg tak terhingga.. This doa sent by my beloved cousin and want me to amalkan everyday.. Insyaallah..
"Bismillahirrahmanirrahim..
ROBBI LATAZARNI FARDAU WAANTA KHOIRUL WARIZIN.."
Maksudnya :
Tuhanku janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri, pada hal Engkau Tuhan yg paling baik dalam menyediakan waris... Amin..

Apapun, rezeki, jodoh, ajal, maut semua ditanganNya..
Kita hanya mampu berdoa dan berusaha..

Anyway, thank you Angah for the luvly tots.

Friday, October 22, 2010

SI PENGGIGIT ASHMAN..


Teringat si Batrisyia.. she's already 01 year ++..
Growing up..! dan nakal..


Now, her gigi dah banyak.. dia dah pandai jeles.. dia dah faham apa yg org ckp..
Ini little girl sudah pandai membuli.. hahaha.. Bila dia geram, dia pandai cubit org.. sakit tau..! yang selalu jadi mangsa adalah Ashman!


cian Ashman kan?? the cutest, Batrisyia will sayang back Ashman when he start crying!
dan akhirnya Batrisyia kena marah ngan ibu dia.. Bila dia tau ibu dia marah pandai pulak tu bodek ambik hati ibu dia balik..!

Tunggu Aunty balik yea! Aunty pulak gigit2 kaki awk yg tembam tu! Eeee.. geramnya!

INA LUV ZENT


Kesian kat kawan aku nie.. baru jer kawin dah kena berjauhan..
Sampai terindu2, terangau2.. Parah - parah.. Hehehe..

Di sebabkan tugasan, mereka terpaksa berjauhan seketika.. Si isteri di semenanjung.. si suami di Kuching.. Ye lah jauh wei..!! nak kena naik kapal terbang br bole jumpa.. Hr2 ber 3G.. hr2 rindu2 an.. hr2 termimpi2..

Kalau aku?? sehari tak jumpa pun aku bole merembes..!
keep on tepon bila nak balik.. hahaha! mengadakan??

Apatah lg dia org nie kan??
tak pe lah, Ina.. Sabar sikit.. bila sampai msnya mesti duduk berdua kan??
Jauh di mata dekat dihati,babe!



Take care! luv u.. *wink!!

Thursday, October 21, 2010

THE TRUE BEAUTY..


THE TRUE BEAUTY OF A WOMAN IS HER INHERENT ABILITY TO MAKE A BETTER MAN IN EVERY WAY..

Amrin?? He's my husband, my soul mate, my best friend, my idol, my heart, my luv, my everything!
Knowing him is such a luvely momment in my life..

ohhhh!! i'm so in love with him.. Love you so much, sayang!

Monday, October 18, 2010

Di Kala Aku Rindu Sahabat Sahabat Ku..


Mengimbas kenangan dulu.. semasa di alam persekolahan.. aku, Sally & Anoi..
Kami bertiga sangat rapat.. berkongsi apa jua cerita.. berkongsi apa jua masalah.. gembira bersama2.. menangis bersama2.. walau ader ketikanya kami tdk sependapat, tp kami tetap menjadi SATU.. dan terus bersatu..

Aku sentiasa mengingati sahabat2 ini.. aku tak pernah melupai wajah mereka..
Aku rindu.. Aku sayang mereka..

Walaupun masing2 sudah mempunyai kehidupan sendiri, kami tidak pernah terputus hubungan.. kami tetap bertanya khabar..
Aku rindu.. Aku sayang mereka...



16 Oct - Since hubby ader kelas di Shah Alam, aku seperti biasa akn mengikut dan menghantar hubby ke kelas.. Sementara hubby berhempas pulas memerah otak, aku memenuhkan masa aku di rumah keluarga.. dan kesempatan hr ini aku berjumpa Sally..
Last aku jumpa dia ms hari persandingan aku hr tu.. Sally yg sebelum nie berkhidmat di Alor Star sanggup menaiki flight pagi dan pulang pd petang hr nya semata2 utk menghadiri hr persandingan aku.. Thank you, Sally..! I luv u.. Anoi?? Anoi cuma mengirim ibunya kemajlis aku sbb dia dalam PANTANG!! anyway, thanks to both of you, utk effort yg diberi semoga aku tak merajuk sepanjang hayat.. hehehe..



Berjumpa Sally di Jusco Bukit Tinggi, kami menghabiskan ms berwindow shopping.. mengimbas kenangan ms sekolah dulu.. Kita org memang Gila shopping! kami mengisi perut dan berborak panjang di Secret Recipe.. Walaupun tidak lama, tp kami puas hati.. Ada umur kita jumpa lg k..






Ingat janji kita, sentiasa bersama dulu, kini dan selamanya.. i luv u, guys!

Wednesday, October 13, 2010

Rezeki

Hmm.. entry kali nie entry cebik.. Menaip sambil tercebik2 berlinang airmata..
Sblm nie pun aku dah post kan topic yg sama..
Aku masih menanti rezeki Allah yang tak ternilai harganya.. dan aku masih percaya ada rezeki utk aku dan suami satu ketika nanti.. Insyallah..

Aku masih dan sentiasa berdoa agar doa ini didengari dan cepat dimakbulkan olehNya..
Masih terlalu awal utk aku memastikan kepastian ini.. Menyedari kekurangan yg ada pada diri, aku tawakal dgn apa pun jua keputusan dalam ms 2 minggu nie.. kalau ader rezeki kami, aku sgt2 bersyukur dgn kurniaanNya.. Kalau bukan rezeki kami, insyaallah 1 hari nanti pasti akan kami rs juga nikmat drNya..

Macam tension kan?? Bila dikenang2, berlenang air mata.. Bila difikir2 sayu rs dihati.. Bila duduk sorang2 mengelamun, sedar2 merembes air mata.. Jadi gembeng..! Jadi ciwek..!

Tapi jauh di sudut hati, aku bersyukur mempunyai suami yg sgt memahami.. sahabat handai disekeliling yg sentiasa bg sokongan tak henti2..

Aku percaya satu hari nanti, Allah akan kurniakan juga rezeki itu kepada kami.. Insyaallah!

Pages

Mari Klik Klik Kengkawan..

KURUS! KURUS! KURUS!