My Nuffnang

When 2 Become 1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 15, 2011

1ST ANNIVERSARY DOT COM (PART 1)

Intro gambo percutian kami.. hehehhe
Salam uollss..!!
Kesibukan kerja membataskan aku mengepos entry2 yg menarik.. Banyak cerita yg dikumpulkan, tp masih belum sempat nak di ceritakan kat sini..

Wahhhh.. 1st Anniversary dot com gitew..!! Kalau igt entry yg ini, our 1st Anniversary is actually on the 05th Of March ari tu, tp ms tu aku ada tugasan kerja di Pangkor. Makanya celebration ini di postponed ke tarikh lain yg bersuaian.

Aku apply cuti all out seminggu! tanpa ragu2..! hehehe..
Walaupun banyak level yg menyaring nak approved cuti aku nie, Ader aku kesah?? Aku nak cuti jugak!!
Cuti melambak2 lagi, nak apply punya lah payah!! Nyampah!

Destination dah dipilih since MATTA fair ari tu, cuma tarikhnya jer belum confirmed.
Kelebihan yg ada pd aku, sbb bertugas di travel agent, maka aku bole block harga MATTA Fair tp date, suka ati aku bila aku nak pg.. Advise jer tarikh bilanya, harga? still MATTA fair rates!

Al-hamdulillah jugak, husband dah completed his Master. Selesai semua on 12th May ari tu. Tahniah suami!
Lepas nie turn sy pulak kan?? Insyaallah, kalau ader rezeki, nak sambung jugak!
Aku apply cuti start 21st May - 29May (termasuk Sabtu, Ahad) cuba kira, lama tak?? 09 hari gitew!! lama weii!! Honeymoon last year pun cuti 4 hari jer.. Kali nie kami bukan bercuti berdua saja, berempat lg! lagi dua tu, husband's good friends - Ekin & Gee (laki bini).

Nak tau kami kemana??
3 Days 2 Nights Bubu Long Beach Resort Perhentian Kecil (Package MATTA Fair March aritu)
Naik apa?? kali nie kami tak nak flight, kami berkereta. Panjang perjalanan kami.. Almaklum lah cuti seminggu! utilised betul2..hahaha

Meh, aku story pepanjang..

22nd May 2011
Disebabkan boat awal pg 23rd May, makanya kami kena bertolak sehari sebelum. Routing kali nie, melalui Perak. Bukan terus ke Kota Bahru.
Bertolak ke Kuala Kangsar ke rumah Ekin & Gee. Dia org pun will go together2. Kami satu keta jer pun.. Jimat dan seronok.. ikut Grik nie lg dekat kot about 04 jam kalau kelajuan mencanak 120 km/j. Kelajuan biasa je tu pun kan?? Kalau laju lg maunya setengah jam jer korang sampai!! (Nampak no menipppew).

Bertolak dari Kolumpo pukul 5.45 ptg shoot terus ke Kuala Kangsar. Berhenti solat sekejap, teruskan perjalan. pukul 8 mlm dah sampai. Laju mamat nie bawak keta! huhuhu.. Sampai jer, dinner kat umah Ekin. Then kita org lepak2.. Cadangnya nak bertolak kul 3 pg sbb boat pukul 11 pg esoknya. Tp, kita org decide bertolak kul 1 pg.. Tak der lah rush mana pun.. Lalu Grik nie, risau gajah.. Iyer Gajah.. (sapa yg pernah ikut jalan nie mesti tau). Stop buang air kat Hentian Titiwangsa dan kami meneruskan perjalanan. Husband drive, aku tak tdo pun.. Kesian dia drive sorang2.

23rd May 2011
Al-Hamdulillah, kami selamat sampai Pasir Putih, Kelantan dalam pukul 5.30 pg. Husband siap berhenti makan nasi goreng kampung pepagi ayam tu.. Bole? Lapar katanya.. Lepas jer dia makan teruskan pejalanan ke Kuala Besut Jetty. Sebelum tu stop solat subuh kat masjid. Sampai kat Jetty ngam2 kul 6.50 pg.. Gelap lg.. Bagusnya org kat sini, dia tanya nak pg mana.. siap tolong assist tunjuk tempat kat mana. Stop kat situ, pastu breakfast. Husband pun breakfast lg.. hahaha. Mana tak sihat kan?

Terawal sampai, makanya kena lah tunggu kan? Boat pukul 11 pg. Membawak nak menunggu weiii!! Nasib baik Bubu ofis tu buka kul 8, kami terus register. Officer tu try arrange boat awal. Awl tak awal kul 0930 jugak lah baru naik boat. Awal setengah jam... Awal kan? Boat journey was superb! took 20 min to the resort.. Impression?? Oh My God! Ya Allah, sugguh besar kebesaran Mu.. sangat cantik! Laut biru.. dari atas jetty jer dah bole nampak ikan.. so excited!

Kami disambut dgn orang resort . Welcomed drinks pun di served masa tgh isi form nak check in. Husband?? Sgt excited nak terjun laut yg betul2 kat depan resort. Staff travelling, bayar bilik biasa tp telah di upgrade ke Deluxe Room.. best kan?? Dgn Ekin sekali dpt upgraded bilik. Seronok sgt. Check in, rehat kejap husband keluar.. kawan setaman dia pun bercuti  tp resort lain. Aku? berehat dalam bilik.. Kul 1 turun lunch, pastu kul 3 snorkel activity dah start..

Kenapa pilih BUBU LONG BEACH?? Bubu Long Beach is the only resort yg di comercialkan. Bilik yg selesa + air cond, but no kettle no tv. Harap maklum pulau ini hanya menggunakan generator. Satu2nya resort yg proper adalah Bubu Long Beach. Walaupun takder swimming pool, kami tak heran sebabnya laut kat depan resort yg tak sampai 2 min tu super hebat dari swimming pool. Original lg! Harga? Sedikit mahal compare dgn resort2 yg lain yg ada kat pulau tu. Mengikut orang kampung, sebenarnya Perhentian Kecil langsung tak nak di commercialkan. Sbbnya nak menjaga dan mengekalkan anugerah Tuhan yg sedia ada kat situ. Dengarnya, Bubu Long Beach di buat kat situ pun org marah.. entah..!

Ok, berbalik kepada percutian kita org, kami beli package 3D2N full board. Package dah all in dgn breakfast, lunch, tea & dinner. Includes snorkeling , sunset discovery & hybrid station trail. Makanya, kami tak payah fikir apa pun.. semua dah sedia.. Seronok?? seronok giler! Activity pertama snorkling di depan resort. Sesi suai kenal dgn air kaedahnya.. Siap ada beach boy assist.. Gila clear air laut tu.. !! Husband and Gee mmg lah over excited sbb dia org bole swim.. Tapi utk org mcm aku dgn ekin, huhuhu.. menggelabah ayam even life jacket ada kat badan! hahahaha.. Husband & Gee gi lah kat tgh2 tu ha yg aku dgn Ekin terkial2 lagi.. Eksi tau husband2 itew.. nyampah! Dok sibuk husband2 bersnorkel kat spot yg dalam sikit tu, aku & ekin decide naik ke atas daratan.. Huhuhu.. enjoy high tea kat resort.. 1 jam kemudian barulah husband2 kami naik keseronokan.. Siap spot dgn stingray katanya.. Lepas lepak minum, balik bilik mandi.. standby utk program melayan Sunset.

Untungnya kami pergi weekdays, bukan cuti sekolah mau pun weekend. Tak der ramai manusia kat resort. Aku rasa tak lebih 20 org kot kat resort tu.. tak delah semak ..! relax2 jer.. Kalau ada pun, dia org tak ambik full board package mcm kami.. Mungkin room only. Nak tau berapa harga bilik ?? RM340.00 per room per night. Mahal lah jugak kan?? Kalau 2 malam dah bapa?? belum masuk boat transfer,belum masuk activity lain.. Ha, untung ambik package.. Semua dah masuk.. Makanya, untuk kawan2 diluar sana bila aku menghantar promotion2 percutian dan aku advise utk beli.. Mmg kena beli sbb valuable! ngeh ngeh ngeh!

Sunset Discovery? Group dah jalan kul 5.30 ptg upanya. Kami berempat nie yg ketinggalan. Nasib baik ada kawan husband ada kat situ.. Dia lah jadi kami punya guide nak tgk Sunset. Perjalanan?? 20 min jalan kaki! pancit wooooo... (Moral of the story, sila excercise k..)
Sunset hanya dapat dilihat di balik bukit (kira belakang Bubu). Upanya banyak basic resort kat situ. Keliling pulau tu ada resort. Cuma belah belakang pulau nie, pantainya di penuhi coral.. so tak berapa enjoy nak mandi.. kang terpijak coral mcm mana?? Habis lepak, kami jalan kaki balik ke resort.. then dinner. Malam, activity tak berapa nak ada kat resort.. Kalau ada pun, kat belah sana2 sikit, ada gerai makan, ada tempat lepak lah bagai.. Tgh sembang2 kat coffee house, ada Korean guest nie bg tau turtle naik kat depan resort! Waahhhhhhhhhhh...!! package! 1st time nie nampak turtle nak lay egg kat darat.. mmg betul2 dia naik depan resort!. Ramai lah yg menunggu.. Org kat situ kata, at least turtle tu ambik 01 or 02 hrs utk bertelur.Lama.. Kami tidak dibenarkan ambik gambar.. So no pics utk turtle yg naik nie.. Hujan pulak turun.. Kami tunggu dekat kul 11 jugak lah.. hujan makin lebat so kita org ambik keputusan naik ke bilik.. Selamat bertelur turtle!
Kat bilik pun tak der tv, makanya suasana malam pun bermula... Haip! Kita org tdo laaaaaaaaaa...

Dalam boat kena pakai life jacket
Baru sampai kita org dah excited posing
Upon check in
Sebelum naik ke bilik
nie lah bilik kita org.. Deluxe Room
nak turun high tea
tolong ignore kegemukan itew,, bye!
aku rasa entry nie dah terover panjang melebar.. jumpa next entry k!




2 comments:

  1. bapak pjg entry ko weh..ponek den baco..

    ReplyDelete
  2. dah ekau nak sgt den update, hambik! jap lg ada lg dan lg dan lg..

    ReplyDelete

Pages

Mari Klik Klik Kengkawan..

KURUS! KURUS! KURUS!