Hahahaha..
Jangan muak k.. Nie sambungan hari kedua di Perhentian
24th May 2011
Aku & husband mmg dah set nak bangun pg.. nak betul2 enjoy kat Bubu nie.. kalau nak tdo, kena bercuti kat KL. Duduk jelah hotel kat KL tu then rehat sampai lebam.. hahaha. Kul 8 kami dah turun breakfast. sbb program seterusnya kul 10. Kali nie snorkeling ke 3 spot utama. Fish point, Shark point & turtle point. Kul 10 kami naik boat ke Fish Point! Cantik giler.. dan sgt kebiruan.. Husband2 sudah terjun ke dalam laut.. Beach boy yg bwk kami nie mmg best.. dia org bawak roti utk bg fish makan.. ya ampun, banyak nya ikan.. ikan kaler biru.. warna warni.. tp tak nampak nemo pun..? salah sorang nama beach boy yg bawak kita org tu nama Din. Muda lg.. tp kalau dah org laut tu org laut jugak.. air sedalam mana pun tak yah life jacket. Hanya pakai snorkeling gear & fin! terjun dari boat, tau2 timbul kat nun sana.. dah mcm ikan jugak dah! tp dia org mmg best! Aku & ekin?? hahahaha.. penakut.. kita org ckp kat husband2 sila lah bersnorkel kat sana tu.. kami tgg kat sini.. turun dibibir boat jer.. bg ikan makan roti.. hahahaha.. ekin pulak? mabuk laut.. siap muntah bagai.. ekin tak yah bg roti kat ikan, muntah dia tu dah cukup bg ikan kenyang.. hahahaha..
2nd spot - Shark point! Nie nak suruh aku turun? lagi lah tak kuasa... husband ckp, awk rugi lah.. tak kisah lah.. kang kalau aku turun, dia pulak tak bole enjoy snorkel. kena jg aku.. Ekin dah terbaring atas boat! aku teman dia.. al-hamdulillah aku tak mabuk.. lembik si ekin tu! hahaha.. husband rapat ke boat semata2 nak bg tau mmg ada shark kat bawah tu.. huhuhu.. Gee nampak 2 meter setengah punya shark. Apa ke nama shark tu, black tip kot.. lebih kurang lah.. kemain seronok mereka2 itu..! mcm biasa beach boy dua org tu terjun, menyelam mcm ikan lumba2 dah aku tengok! ekin dah terbaring, aku lah tukang mengambik gambo dia org..
3rd spot - Turtle point! yg nie menarik! boat man a.k.a beach boy tu bawak boat sambil mencari turtle. Kalau nampak jer turtle dia org suruh lompat dr boat berenang bersama turtle. ada sekor jer..! nak berenang bersama turtle?? tak der maknanya, turtle tu lebih laju dari korang tau..!! hahaha.. u guys just imagined, aku yg dlm boat nie pun bole nampak gamat yg kat dasar laut tu.. bayangkan betapa jernihnya air kat situ! Crystal clear beb! hahaha.. (Confirm korang tak mandi kat PD dah lepas nie..) Betapa seronoknya husband bercerita.. "Bertuah nya kita.. nampak stingray, nampak shark, nampak turtle live!!" Ok, husband.. lepas nie kita pg lg k.. kumpul duit banyak2 pls.. huhuhu..
Sampi kat resort.. bergambo sikit, terus lunch! dgn baju2 basah.. kang bila dah naik bilik, tak kuasa nakturun dah.. huhuhu.. lepak mkn pastu naik.. activity berikutnya pukul 5.30 petang pulak ke Hybrid Station Trail. 20 min walk jugak.. ditemani Din sbg guide. Mamat laut nie kaki ayam jer naik track nie. Gila laut lah ko! yg kita org nie dgn kasut.. Mak mmg pancit nokksss! penat.. enjoy view hutan yg lama aku tinggal kan.. lepas kahwin jer babye hutan, babye trekking! babye camping! berat? hambik 10kg naiknya.. mana tak pancit kan?? dari yg sgt active sampai jd yg sgt lembik! Pls jgn tanya berapa berat aku skrg! soalan sensitive gitew!! huhuhu Dah sampai kat atas tu, penat nie hilang..! Cantiknya ciptaan Allah.. lepak stengah jam.. bergambo bagai.. kami turun balik.. sampai terus ke bilik, solat then siap utk dinner! malam terakhir kat Bubu.. lepak sampai kul 12, then husband2 nak gi lepak kat tempat happening kat tgh tu.. Sila lah pg.. kami sang isteri dah tak lalu.. kul 1.30 pg baru husband2 balik.. pastu? apa lg.. zzzzzzz
Mari enjoy the pics..
Nampak tak betapa birunya air laut tu?? |
Shark Point |
Suka kan mamat nie?? |
Fish Point |
Mr. Husbandss |
Enjoy sampai lebam k. Jumpa next entry.
wah.. best nyer.. bile nk bawak kitorg plak?? hehehe.. =p
ReplyDeleteika, bukan awak nak pergi Redang ke nanti??
ReplyDelete