My Nuffnang

When 2 Become 1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

FROM INDIA WITH LOVE..

Salam Peeps..
Lama giler tak berblog.. akak bz nak mammpsss.. huhuhu!
Banyak giler nak citer, tapi tak sempat nak post kan entry2 itu..
Satu2 k..

Seperti yg dijanjikan, ingat tak entry nie?? akak dah terima hadiah dari Sigmazetas Isnin lepas.
Husband siap call, bg tau ada brg utk aku.. siap tanya jugak dari siapa.. siap lg tanya mcm mana bole dapat hadiah tu.. ala, kalah Inspector Gadjet lah laki den nie.. hehehe..

Apa yg dijanjikan, itu yg aku dapat! ada additional Teh Taj Mahal lagi! Best! best!

Best! Best! Best!


yg nie jer belum sempat claim.. akan ku pergi jua nanti..
Thank you Cik Organizer! I likeeee..

P/s: Cik Kaki, bila mau ketemuan? mau bg barang yg dijanjikan itew..


Monday, May 16, 2011

AKAK MENANG MOTTTOOORRR..!!!

Salam peeps..
Lg sekali menyepi tanpa khabar berita!
Bz sgt2 nie.. Bz kat opis sampai tak terkata.. Kat umah pun bz..!

Best kan tajuk di atas?? akak menang mottoorr noks.. hahaha..
Tak lah.. ingat tak aku post entri ADA APA DENGAN LOKASI? KO ADA? Contest nie di TAGGED oleh sahabat blog - CIK KAKI.. Tiba ko.. Dah lah baru berkecimpung dgn dunia blog nie.. pastu kena TAG.. Assignment yg diberi pulak mencabar minda utk blogger buta IT mcm aku nie.. Tak nak putus asa, sedaya upaya jugak buat.. dari kat umah, sambung kat opis.. pastu sambung kat umah balik.. tak jugak siap.. submit pun dah nak akhir2 waktu.. Cerita pun ikut suka hati aku.. Tapi sgt tak sangka bole menarik minat CIK PENGANJUR utk memilih aku sbg pemenang utama.. ha! seronok kan?? nie yg lagi menggalakan aku utk sentiasa berblog!

Apapun, aku sgt seronot bila Cik Penganjur mengumumkan aku sebagai pemenang..Sila baca ENTRY nie.. Teruja bila aku terpilih utk dapat hadiah misteri itew.. hehehe.. best! best! best! Terima kasih a million utk Cik Penganjur!! Tambah teruja bila nampak gambar hadiah2 dari India tu.. Thanks again!! Nanti buat contest banyak2 lg tau.. Mana tau bole menang lg.. (hehehe.. sila muntah!) Nak tgk tak hadiah2 yg akan aku terima??? jeng jeng jeng!

Souvenir Dari India



Voucher Nasi Ambang
Nak say thank you jugak to Cik Kaki sbb sudi tag sy utk joint contest nie.. Sudi bg peluang merasa menjadi blogger yg konon2 blog nya pun di baca oleh ramai org sdgkan follower masih bole dikira pakai jari tangan dan jari kaki.. Sgt rendah diri kalau nak compare blog nie dgn blog2 yg lain.. Especially blog Cik Kaki...! I really appreaciate!! Thanks again Cik Kaki!
Nanti bila aku dah dapat hadiah tu, aku post kat blog nie k..

Sekian..
Nak sambung buat kerja yg melambak2 nie!
Jumpa di post akan dtg..


Thursday, April 28, 2011

ADA APA DENGAN LOKASI? KAU ADA?

Yeah!! di kala kesibukan aku di opis sampai terbeliak2 mata aku menatap paper yg bersepah atas meja dan kalau aku bukak tudung aku, for sure rambut aku tegak2 utk menyelesaikan segala kerja yg dateline di hujung hidung, fikiran masih terfikir ada satu lagi tugasan yg belum diselesaikan.. Tugasan ini diberi oleh Cik Kaki since Sabtu lepas lepas lepas.. ini adalah tugasan kali pertama dan juga kali pertama aku di TAG.. almaklumlah, aku masih baru dalam dunia blogger nie and follower aku masih bole dikira pakai jari lagi.. anyway, tq sekali lagi untuk Cik Kaki and juga katanya ada hadiah misteri.. wahhhh..

Penganjur Contest ini adalah : SIGMAZETAZ
Tarikh Luput : Bila2 suka hati penganjur

SOALAN CEPU MAS
Pentingkah lokasi tempat kerja dengan kediaman bagi korang? Adakah korang jenis A ke B?

A: Lokasi tempat kerja dan Kediaman harus berdekatan, korang tak suka membuang masa dalam kereta mengadap jam setiap hari sampai kebas bon**t, tak suka bayar tol yang asyik jumpa eskalator naik je tak jumpa yg turun, balik rumah lewat.

B: Tak kisah lokasi dekat ke jauh ke, yang penting masyukk! ($$$$), company best, ala..jam tu perkara biasa, tol? oh dah macam isi dgn kuku, balik rumah lewat? standard la sampai rumah pukul 8 ke 9 ke..kira awal tu.

JAWAPAN SAYA??
A: Lokasi tempat kerja dan Kediaman harus berdekatan, korang tak suka membuang masa dalam kereta mengadap jam setiap hari sampai kebas bon**t, tak suka bayar tol yang asyik jumpa eskalator naik je tak jumpa yg turun, balik rumah lewat.

Haruslah A. Aku nie adalah seorang yg sgt tdk sukakan perjalanan yg jauh dan jammed! walaupun pada hakikat permulaan karier di Kuala Lumpur Kota Metropolitan nie.. Aku org Klang, belajar di Shah Alam dan bekerja di Kuala Lumpur? jauh dol!

 Masa zaman belajar dulu sy selalu berangan utk bekerja di segitiga emas Kuala Lumpur (Golden Triangle)!  Glemer gitew! bekerja di tgh2 kota Kuala Lumpur di dlm bangunan2 tinggi melangit! Kalau bole nak kerja kat Twin Tower KLCC.. mesti best kan? Glemer nyahhh!! Ms practikal dulu pun aku pilih Kuala Lumpur, tak minat pulak nak pegi jauh2.. nanti nak balik kampung susah.. hehehe..
Alhamdulillah, rezeki murah.. belum kuar result, practikal company (Company X) dah panggil kerja.. terus kata yes, at least aku tak lah menganggurkan..? aku menganggur 2 minggu jer kot rasanya. Disebabkan rumah parents di Klang, sebulan bekerja di Company X aku berulang dari Klang ke Menara Hawpar Jalan Sultan Ismail. Seawal 5.30 pagi aku dah bangun nak catch komuter kul 6.45. Perjalanan naik komuter ke KL sentral lebih kurang 45 min. Lebam beb! Dah sampai KL sentral kena exchange PUTRA train pulak sampai Stesen Dang Wangi. Pastu jalan kaki ke Menara Haw Par lebih kurang 10 min dengan berkasut tinggi lagi! Body?? Maintain slim beb.. Office hour 0900-1800hrs. Kul 6 sharp aku dah merambos nak kejar komuter.. sampai umah dlm pukul 8 malam - averaged! Sampai umah jer pengsan! Jauhnya dalam kiraan metric lebih kurang 43.7km. Tapi dalam masa dua bulan, aku tak larat nak travel jauh aku decide cari bilik sewa di Wangsa Maju hasil bantuan En Husband (ketika itu boipren) maka duduk bujanglah aku di Wangsa Maju.

1st Company - Menara Haw Par 

tak sampai setengah tahun kerja, Company XY berlokasi di Megan Avenue II Jalan Yap Kwan Seng telah mengoffer bekerja disana.. Company XY nie more established! Gaji pun sedaplah jugak utk freshie macam aku pada ketika itu.. Aku tak lepaskan peluang terus jer terima.. Aku nak risau apakan?? bukan berulang dr Klang dah.. Di company XY aku banyak belajar benda baru, jadi seorg yg tak tau dan masih baru, jadi seorang yg tahu.. ok, lupa nak mention. Aku bekerja dalam bidang pelancongan. Belajar dalam jurusan pengurusan pelancongan, makanya kena melibatkan diri dgn pelancongan jugaklah kan?  and aku more specialised on Inbound atau definisi yg senang org paham -menguruskan pelancong dari oversea melancong ke dalam Malaysia. PUTRA train paling senang utk ke opis. Keta pun tak der masa tu. Ambik train kul 8 dari Wangsa maju Station dan turun di Station KLCC. Ticket masa tu lebih kurang RM2.20 kot 01 way. Setahun kerja kat sini, aku mampu utk pakai kereta kecik - Kembara. Bila dah ada keta, kena fikir petrol, parking pulak lah kan.. Alhamdulillah ok. Area office nie parking tak berapa mahal. Sehari dalam RM4.00. tapi aku decide ambik parking dalam bangunan monthly about RM140.00 rasanya. Ingat2 lupa. Jarak dari umah aku - Wangsa maju ke opis lebih kurang 5.3km. Kalau tak jammed 15min bole sampai. kalau jalan jammed dua jam pun aku pernah experienced utk balik ke Wangsa Maju. Nasib baik juga aku dah duduk di Wangsa Maju. Cuba imagine kalau aku duk Klang? Mau aku berhenti kat Tol tdo jer kat situ kan??

2nd Company - Megan Avenue Jalan Yap Kwan Seng
 3 tahun kat sini, aku dilamar dengan Company XYZ berlokasi di Wisma UOA, Jalan Pinang. Dengan pengalaman yg ada aku bolelah demand sikit. Alhamdulillah, Company XYZ nie setuju dengan gaji yang aku mintak. Location tak jauh beza dgn Company XY. jalan yg sama aku gunakan cuma ke Jalan Pinang nie lebih 05 min jer (kalau tak jammed). Kalau jammed, 1 jam pun bole.. hahaha. jarak dari Wangsa Maju ke Jalan Pinang lebih kurang 6.2km. Parking, terbeliak sikit mata RM10.00 hengget sehari! Sikit mengeluh tapi tak der pilihan kan?? terima jer as long aku confort kat sini. Company XYZ lebih besar dari company XY. sangat established dan banyak benefit. Walaupun aku selalu tension kat sini, tp aku selesa! aku suka!

3rd Company - Wisma UOA jalan Pinang
Tahun 2009, Company XYZ beli bangunan sendiri. Luar dari kawasan segitiga emas. Terfikir jugak, kalau jauh benar larat ker gi kerja menghadap jammed hari2? oh tidak! tapi bila mengenangkan keselesaan yg ada dah sedia da dlm diri dgn company nie, aku meneruskan perkhidmatan disini! Location?? Nun ha kat Jalan Kuching, walaupun alamat off Jalan Ipoh! Aku sgt bernasib baik sebab duduk di Wangsa Maju. Highway MRR2 yg aku guna. Disebabkan lokasi kat sinun tu, tp perjalan adalah melawan arus. Org lain berpusu2 guna jalan nak masuk kl, tp aku menuju ke arah lawan. Balik pun cam gitu.. Seronok wei! kul 8.30 aku bole kuar rumah. Sampai ngam2 kul 9. Itupun sbb sikit sesak kat Jalan kuching tu. Pernah jer kuar kul 8.45  dari umah sempat jer sampai kul 9. teror kan? hehehe.. Jarak berapa km dari umah??? alah 8 km jer ikut MRR2. Parking?? buat masa nie free.. sbb area opis tu area baru. DBKL tak pacak mesin parking lagi..

Company XXX - move to Jalan Kuching
Tahun 2010 nie jugak lah jodoh aku sampai dgn En. Husband. Al-Hamdulillah syukur. Awal perkahwinan kami duduk di Wangsa Maju. Lebih kurang 4 bulan kahwin, kami cari umah yg selesa sikit. Ala tak der jauhnya dgn Wangsa Maju. Nun kat Setapak jer. Maps, masih sama. Perjalanan ke tempat kerja pun KM yg sama. Aku dah selesa dgn company nie, cuma kdg2 jer aku nyampah dgn manusia2 kat department yg kaki ampu tu!! hahaha.. Setakat nie, belum terpikir nak pegi mana2.. Cuma kalau ader rezeki lebih, nak sambung belajar.. Kalau dah sambung, niat nak tukar profession pulak.. Insyaallah kalau ader rezeki.

aku nak tag sapa?? alah, disebabkan aku nie lambat dan lembab utk post assignmnet nie, bole tak aku TAG sorang jer?? masa pun dah terhad..Bole la Cik Penganjur ek.. Ma Kasih in advance.

Dengan ini sy nak TAG :

P/s: Cik Kaki, sy dah berjaya buat assignment neh.. weewiiitttt!


Pages

Mari Klik Klik Kengkawan..

KURUS! KURUS! KURUS!