My Nuffnang

When 2 Become 1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label KAWAN2 KU. Show all posts
Showing posts with label KAWAN2 KU. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

MAIN MASAK-MASAK

Hello semua, lg sekali entry tertangguh!
Aku sgt sibuk sampai tak sempat nak menghapdet.. nie pun mata dah pedas, tinggal nak jumpa bantal jer.. tapi gagah kan jugak..

Aktiviti main masak2 nie pada hari weekend 3 minggu lepas.. Hari Ahad, cuti dan kebetulan husband pun cuti.. Maka kesempatan nie diambil utk breakfast kat luar.. Yeah seawal 9 pagi aku ajak husband ke Ali Maju nak makan capati.. Harus dilayankan kehendak isteri.. heh! balik tu singgah umah SIL.. lepak kejap, sudden terfikir nak main masak2.. terus gi beli bahan2 nak masak + angkut anak buah ke rumah.. meriah sikit kalau dia org ada.. terus jemput adik beradik husband makan kat umah..

Menu adalah nasi ayam (nasi ayam lagi?? - itu jer yg bole menjamu org menu lain tak pas lg). Sementara aku masak, husband buat watermelon juice bersama nephews.. Suka benar dia org..

Uda brief nephews mcm mana nak buat..

Kids kena take turn nak blend melon

Bersungguh & excited kan??
Kelemahan bila aku masak is aku masih tak pandai nak budget makanan.. terlebih2 masaknya mcm org nak buat kenduri.. hehehe.. since food banyak, husband jemput kawan2 dia dtg makan kat umah.. dah tetiba jadi majlis makan2 yg tak dirancang kan?.. tp seronok lah.. ramai yg datang..!

Nak abis dah baru teringat nak hambik gambo
Tetamu
Tamu
Kalau ader rezeki lagi, insyaallah nak ajak org makan lagi.. Tunggu belajar masak menu baru.. hehehe..

Monday, February 14, 2011

DINNER DI VICTORIA STATIONS


This is entry tertangguh.. tp still nak update dlm blog.. dah janji dgn BFF..

14th January, sudden plan to have dinner dkt Restaurant nie.. My BFF craving makan kat situ package nak celebrate bday cousin dia sekali yg merangkap x-click aku juga..

Since husband ada kelas hr tu, dinner pun tak payah prepare, maka kami bertolak kul 6dr opis.. Menyelit inform counter nak buat surprise lagu bday utk kak hasnizah tu & kita org berborak sambil enjoy the dinner sampai nak meletop perut.. Hehehehe..



Habis jer makan, terus lagu bday kuar bsama sepotong cake dan sebatang lilin.. merah padam muka kak hasniza malu..

k, dayah.. next time kita pi mkn2 lagi sampai lebam sebelum ko mendirikan rumah tangga dgn jejaka laut itew.. Aminnn..


Nota Kaki : Tolong ignore gambar aku yg gedebok tu..
Nafsu makan sgt mbuak2..! tak yah nak salah kan folic asid k.. babaye!

Friday, October 22, 2010

INA LUV ZENT


Kesian kat kawan aku nie.. baru jer kawin dah kena berjauhan..
Sampai terindu2, terangau2.. Parah - parah.. Hehehe..

Di sebabkan tugasan, mereka terpaksa berjauhan seketika.. Si isteri di semenanjung.. si suami di Kuching.. Ye lah jauh wei..!! nak kena naik kapal terbang br bole jumpa.. Hr2 ber 3G.. hr2 rindu2 an.. hr2 termimpi2..

Kalau aku?? sehari tak jumpa pun aku bole merembes..!
keep on tepon bila nak balik.. hahaha! mengadakan??

Apatah lg dia org nie kan??
tak pe lah, Ina.. Sabar sikit.. bila sampai msnya mesti duduk berdua kan??
Jauh di mata dekat dihati,babe!



Take care! luv u.. *wink!!

Monday, October 18, 2010

Di Kala Aku Rindu Sahabat Sahabat Ku..


Mengimbas kenangan dulu.. semasa di alam persekolahan.. aku, Sally & Anoi..
Kami bertiga sangat rapat.. berkongsi apa jua cerita.. berkongsi apa jua masalah.. gembira bersama2.. menangis bersama2.. walau ader ketikanya kami tdk sependapat, tp kami tetap menjadi SATU.. dan terus bersatu..

Aku sentiasa mengingati sahabat2 ini.. aku tak pernah melupai wajah mereka..
Aku rindu.. Aku sayang mereka..

Walaupun masing2 sudah mempunyai kehidupan sendiri, kami tidak pernah terputus hubungan.. kami tetap bertanya khabar..
Aku rindu.. Aku sayang mereka...



16 Oct - Since hubby ader kelas di Shah Alam, aku seperti biasa akn mengikut dan menghantar hubby ke kelas.. Sementara hubby berhempas pulas memerah otak, aku memenuhkan masa aku di rumah keluarga.. dan kesempatan hr ini aku berjumpa Sally..
Last aku jumpa dia ms hari persandingan aku hr tu.. Sally yg sebelum nie berkhidmat di Alor Star sanggup menaiki flight pagi dan pulang pd petang hr nya semata2 utk menghadiri hr persandingan aku.. Thank you, Sally..! I luv u.. Anoi?? Anoi cuma mengirim ibunya kemajlis aku sbb dia dalam PANTANG!! anyway, thanks to both of you, utk effort yg diberi semoga aku tak merajuk sepanjang hayat.. hehehe..



Berjumpa Sally di Jusco Bukit Tinggi, kami menghabiskan ms berwindow shopping.. mengimbas kenangan ms sekolah dulu.. Kita org memang Gila shopping! kami mengisi perut dan berborak panjang di Secret Recipe.. Walaupun tidak lama, tp kami puas hati.. Ada umur kita jumpa lg k..






Ingat janji kita, sentiasa bersama dulu, kini dan selamanya.. i luv u, guys!

Tuesday, July 27, 2010

Pabila Sahabatku Sakit..

These few days diri aku sgt sibuk dgn office.. peak season! and the worst my department was short handed!! All the seniors kena take part.. MULTI TASKING!!! sampai nak pengsan...

Tp dalam kesibukan, diri ini masih sempat memikirkan panggilan telefon dr seorang sahabat yg meluahkan hati dan perasaan.. diri ini sempat membaca email yg dikirimkan dr sahabat ini untuk menceritakan apa yg berlaku tentang dirinya.. dan pagi nie, aku terima panggilan telephone lagi dr dirinya, menceritakan betapa sakit dan perit dirinya melalui hr2 yg mendatang.. Sahabat ku "F".. aku sentiasa disampingmu..

F,aku sanggup mendengar apa jer yg akan kau luahkan padaku..mungkin dgn cara itu aku dpt dapat menolong meringankan beban yg kau tanggung selama ini.. aku hanya mampu mendengar.. sentiasa menjadi pendengar yg setia.. kau masih ader aku F..tak bermakna aku sudah bersuami kau memperbataskan persahabatan kita.. kau masih bole bercerita dgn ku.. kau masih bole mencari aku.. I'm always be your shoulder for you to cry on.. Nie yg kau minta kan??

F, aku dapat rasa betapa sakitnya dirimu.. hubungan cinta yg pernah dibaja, yg sentiasa disemai untuk menjadi bunga2 perasaan yg sangat indah.. Melalui perhubungan yg bertahun lamanya dgn insan yg kita sayang.. Berkongsi perit getir, pahit manis, susah payah bersama dirinya.. ini lah pengorbanan mu utk dirinya.. Sentiasa memastikan dirinya bahagia dan sentiasa berjaya!!! Tapi semua ini hancur, musnah apabila cinta yg murni, cinta yg suci itu diragut oleh orang KETIGA.. Lagi memeritkan apabila ikatan suci itu sudah diikat..

F, kau jatuh terduduk ketika itu.. kau sangat sakit.. kau hilang arah.. kau hilang punca.. segalanya hancur.. apa yg dirancangkan musnah sama sekali.. kau menangis semahu2 mahunya.. dan ketika itu, aku hanya mampu mendengar.. aku hanya mampu meminta kau supaya bersabar.. ketika itu aku nekad menolong untuk menyelamat kan perhubungan suci mu..

F, aku sanggup terbang ke negeri Helang itu dgn harapan berjumpa dgn sang lelaki utk cuba menyelesaikan masalah ini.. ya, aku berjaya berjumpa sang lelaki itu.. walaupun singkat tp apa yg ingin aku sampai kan cukup padat...itu saja yg bole aku tolong dan lakukan ketika itu.. aku pasti, apa yg aku sampaikan walaupun sekelumit mesti tersemat dalam hati sang lelaki..
Sang lelaki mu itu kawan ku juga F.. Ada ketika nya dia juga mencari aku pabila dia memerlukan pendengar utk apa yg diceritakan..


F, aku hanya meminta kau bersabar.. berdoa pada Yang Maha Esa..
membuka lembaran baru kehidupan tanpa dirinya buat sementara.. aku percaya apa yg berlaku mesti ada hikmah nya.. bersabar itu mesti ada ubatnya.. Allah sentiasa diasamping orang yg teraniya.. Bila hati mu ikhlas dgn melakukan sesuatu, aku percaya Allah akan hadiahkan kita sesuatu yg kita kita tak akan jangka..
Sahabat ku F, kau kembali pulih... kau bangun kembali bersama sisa2 memori yg indah didalam hati mu.. aku tak melarang kau menyimpan memori itu.. itu hak mu sahabat..

3 bulan kemudian, aku terima panggilan dr Sang Lelaki.. "K".. menyesal dengan apa yang berlaku.. menyesal dgn apa yg terjadi... ingin dirimu kembali, F.. menyambung semula ikatan yg suci itu... Hati ku berat utk menolong, kerana aku tau ketika itu kau sudah kembali pulih... kembali menjadi sahabat ku F yg dulu.. walaupun aku tahu jauh disuduthatimu kau masih sayangkan lagi si Sang lelaki itu..

Tapi atas janji "K" untuk tidak melukai mu lagi.. aku turuti kehendak Sang Lelaki.. Aku hanya menunjukkan jalan..Selebihnya dia yang harus usahakan.. Itu yang aku lakukan.. Alhamdulillah semuanya kembali pulih..

Tapi apa yg aku dengar hari ini.. sungguh perit! menitik air mata ini mendengar esakan mu sahabat... aku tak berdaya utk melakukan apa2.. apa yg ku mampu hanya minta mu supaya bersabar.. aku hanya mampu mendengar.. Aku tau apa yg kau rasa sbb AKU JUGA TELAH MELALUI & MERASAI BAGAIMANA YG KAU RASA, F.. Ingat F, tabah kan hatimu.. Allah sentiasa disampingmu..

Utk mu Sang Lelaki,
"K".. kenapa kau mengulangi perbuatan itu?? Mana janjimu dulu..??
Kawan ku sakit "K".. apa dosa F??


Thursday, July 1, 2010

PAINTBALL WIZ MY XCOURSEMATTE


After sometimes my fren's Bismi berusaha to gather all our coursematte, akhirnya dia berjaya organised small event di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.. Walaupun tak ramai yg hadir, tp usahanya harus di puji.. Congrats Bismi!

20th June - Aku bertolak agak lewat dr rumah.. hubby kerja that day, so lone ranger ke majlis tu. Aku dah janji dgn ASP Kawi kul 1330hrs di SS8 sbb aku tak tau jalan kesana.. (Tp aku kuar umah about 1250hrs, siap jumpa hubby kat Keramat) Managed to reach tempat yg dijanjikan about 1345hrs. Aku igt kan aku lah paling lambat, upanya ASP Kawi & Zura (Kawi's wifey) and Jiman lg lambat! Chet!! Kalau kena speedtrap, mintak ampun salam cium tangan kat hubby.. he he he.. pastu aku bg kat Kawi suruh dia settle kan.. kah kah kah..

Yanie & hubby, Tasha & hubby & Bismi dah sampai menuggu kami yg lambat nie.. berkobar2 nak berpaintball!! nak menembak nih! uuuhhh tak sabar.. tp dalam hati, takut la pulak!

Thank you to Yanie & hubby atas sandwiches yg sedap dan air 100+ yg sejuk lagi menyaman kan.. kami masuk di medan perjuangan dalam kul 3. Lambek, sbb ASP Kawi bawak peralatan sendiri.. nak adjust lah bagai.. Tp akhirnya tak bole guna atas faktor2 keselamatan..

Pertempuran pertama, aku kalah di medan perjuangan.. Al maklum Lelaki vs Perempuan mana tak menggelabah kan?? Sakit dowh!! nasib baik kena kat lengan.. yg pasti Kawi tembak aku terkena muka, nasib baik ader face mask.. Nanti ko Kawi, aku tunggu Paintball Revenge 2011..!! Muahahaha.. Bismi pun terkena sasaran.. bila aku dah kena tembak, aku kena keluar dr gelanggang.. tiba2 aku nampak bintang2 kat mata aku.. aku bukak face mask, aku rs mcm nak tumbang.. menggeletar tangan aku.. demm!! aku nak pitam.. (br teringat aku tak makan apa benda pun since pagi..) so the next game, aku dinasihatkan supaya tdk joint.. atas faktor2 kesihatan.. sapa nak angkat aku nanti?? dah tentu En Suami jauh.. so, aku mengalah...

apa2 pun, aku pasti semua enjoy.. walaupun tak ramai, tp kami puas hati.. berjela msg kat FB, tak henti2 komen..

Next event, masih dalam perancangan.. tunggu kata putus dr kawan2..

Bravo xDTM!!!!

Wednesday, June 23, 2010

CONGRATULATIONS UNTUK MU PN. BADOL



Baru ader kesempatan nak update..
Majlis pada 12 Jun 2010 di Senawang.. aku mmg dah blocked hubby since aku dapat date kahwin dia org nie.. ye lah, dia sorang jer gang coursematte aku yg belum kahwin.. bole dikatakan penutuplah dia antara kami ber5.. so siang2 aku dah cakap ngan hubby. Almaklumlah hubby kerja on weekends..

Teringat ms zaman kampus dulu, kami serumah dan sebilik bersama pengantin nie a.k.a Badol. Melekat nama nie kat ko kat Dol..? Sampai laki aku, mak aku, adik beradik aku dok panggil ko Badol..he he he.. 1 kelas lah panggil ko badol.. Si Badol nie sgt2 lah merahsiakan sapa bf dia.. tau2 jer dah clashed! tau tau jer dah break! Aku dgn Ida selalu pesan kat ko kan Dol... Ms umah kat 16 tu, aku rs kenangan tu mmg paling besh.. Aku, Ida, Norul, Lieza & ko Badol.. Memori tu tetap dalam hati aku sampai skrg..

Mengikut perancangan, aku dan hubby nak sampai awl.. Jumaat malam tu kononnya nak bertolak.. Tapi disebabkan World Cup and hubby tak nak ketinggalan so kita orang bertolak esok paginya.. kebetulan umah makcik hubby depan umah si badol, so kita org tak risau dgn accommodation.. (TQ Mak Nyah..) cousin yg paling rapat dgn hubby pun ader kat sana.. lagi lah my sayang suka kan??

Badol selamat dinikahkan about 10.30hrs rasanya.. aku tak pergi masjid tu.. sbb Ida tak sampai lg.. lagi pun dah lambat.. so jumpa badol lepas dia abis akad dan balik umah.. Tahniah Badol & Zack!! aku turun bawah, baru aku nampak kawan2.. yanie, tasha & bismi.. Ida mmg sampai lewat.. sernok giler dapat jumpa kawan2.. masa aku kawin ari tu ramai gak kawan2 dtg tp tak sempat nak borak.. mmg aku bz giler sampai tak perasan sapa yg datang..












Malam sempat pg karaoke dgn my sayang.. about 01 hr.. mmg dah janji ngan Ida & Badol malam tu nak lepak.. lama tak chit chat.. duduklah kita org kat kedai mamak di Dataran senawang tu.. best tau.. sebabnya semua dah bersama muhrim.. tak risau pun nak balik kul bapa.. he he he..
"Rindu pada saat berborak sebelum tidur bersama dia org.. "



My Sayang..



Malam tu aku dan hubby bermalam kat umah cousin dia.. kami balik esoknya.. To My Dear Badol, Selamat Penagantin Baru Semoga Berkekalan hingga ke anak cucu!

Pages

Mari Klik Klik Kengkawan..

KURUS! KURUS! KURUS!