My Nuffnang

When 2 Become 1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 6, 2010

NIE YANG AKU BENGANG NIE!!!

Asal aku tak masuk ofis jer, berlambak2 benda atas meja..! Berjela2 email! Bermacam2 masalah! Tension haku!

Bukannya aku bercuti pun.. Pergi course..! Bukan lama pun.. Cuma 2 hari!
Benda remeh pun nak tunggu haku jugak!
Hari nie memang aku bengang! Memang aku hangin!

Dengan ini secara rasminya aku isytiharkan HARI INI ADALAH HARI MOOD TAK BAIK HAKU!

Wednesday, September 29, 2010

SALAM MINALAIDILWALFAIIZIN 2010



As Salam..
Lama betul tak memblogging.. bz bercuti + tersangat bz kat ofis..
Hari nie dah masuk syawal yg ke 20.. Uihhh banyak hari dah berlalu br skrg nak update blog... Anyway, masih belum terlambat utk aku mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan batin kepada semua..

Seperti yg aku bg tau dlm entry yg lepas, aku sgt excited utk menyambut syawal pada tahun ini.. Kali nie aku menyambut syawal bersama suami tercinta.. dan aku skrg mpunyai keluarga yg besar.. yeahh!! besar gitew sbb aku dah ader 2 family.. my family + family in law..

Sehari sebelum raya, aku masih bertugas di ofis.. wpun half day, aku dah merasa kehangatan syawal.. Sikit tension pd hari sebelum cuti hr tu, makin aku half day semakin melambak pulak kerja kat ofis nie.. rasa mcm nak menangis.. ye lah kan, sepatutnya balik kul 1 nie dah sampai terbawak ke 2.30.. habis handover kerja aku dkt diorg 2.30 sharp aku cabut.. balik ke rumah.. sbb ader kerja yg menanti.. sgt tension!

Malam sebelum syawal, aku dah dengar takbir kat surau.. hubby dah bersiap nak ke surau + joint takbir dr rumah ke rumah.. aku masih terkedek2 mengemas.. MIL call mtk bantu sikit kat rumah dia.. bersiap, terus kesana.. still ader kerja yg tertangguh di rumah MIL, aku turun ke padang utk menolong hubby menyiapkan kerja.. Alhamdulillah semua selesai dalam kul 3 pg..

Pagi Syawal, aku bangun dgn hati yg sgt gembira.. ye lah.. 1st time menyambut syawal dgn suami.. betapa seronoknya lah kan.. lepas siap gosok baju husband, barulah kejut hubby... Hubby siap ke surau, manakala aku yg tembel nie terpaksa ditinggalkan tak pg sembahyang raya.. Aku menyiapkan segala la bagai sementara menunggu husband balik dari surau..

Siap semua, husband pun balik.. Hensem bergaya dgn samping baru.. (samping jer baru).. bersalam raya , mintak ampun maaf zahir dan batin mtk halal makan minum dr husband di rumah aku sendiri..tak delah segan bila nak berpeluk bercium lah bagai kan sambil mengalir kan air mata.. hehehe... Kemudian kami menziarahi pusara ayahanda mertua..

Selesai ke pusara, terus ke rumah MIL.. bermaaf maafan dgn BIL, SIL dan biras2.. Rumah MIL mmg selalu dikunjungi sanak saudara mmg lah penuh kan?? wah.. seronok sakan.. Dalam pukul 1130 pg, kami bertolak ke Klang.. keluarga aku pulak menanti.. seronok sakan walaupun terkejar2.. Sampai di TSA dlam pukul 1230.. semua dah menanti.. kali nie di rumah keluarga aku complete! semua ader lengkap.. sebab semua turn beraya di rumah mak aku.. Bermaaf maafan bergambar, kami sekeluarga balik ke kampung mak & abah aku di Meru.. Sampai di kampung lagi lah ramai kan.. almaklumlah kami dari keluarga besar.. tak cukup umah nenek aku..nasib baik halaman rumah besar.. bayangkan lebih dr 20 keta kat halaman rumah..

Mengikut tradisi dr dulu,kami akan beraya beramai2 ke rumah nenek & atuk saudara.. melawat, menziarah dan bermaafan sambil didoakan dr tuan rumah.. Setahunn sekali jer dapat bpeluang begini.. gather beramai2 bersama cousin2 yg lama benar aku tak jumpa..
Mak & abah aku mmg paksa kami pergi beraya package utk mengenalkan suami kepada sanak saudara.. 1 hari beraya mmg tak cukup.. tak habis pun kami ziarah.. Malam kami balik ke TSA dan bersiap utk balik ke TBR sbb keesokkkan hrnya kami akan beraya di Perak.. Kampung husband.

sibuk jer abg aku kat belakang tu kan??
with adik aku (yg pakai baju pink sbl pegang anak)& aunty2 dan cousin.. Izan : ko tak email aku gambar banyak2, so muka ko sikit ajer tau..
nie diantara sepupu sepapat makcik pakcik yg ader..

Hari Raya kedua - Seawal 6 pagi aku dah bangun.. menyiapkan segala keperluan.. anyway hubby dah tolong pack barang mlm sebelumnya.. 0745 pg, kami bertolak ke perak.. 1st time long journey di hari raya menikmati keindahan kampung.. hahaha.. sbb selama membujang, balik rumah keluarga terus kekampung yg tak sampai 30 min pun.. walaupun perjalanan ke Bota mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam jer.. Kami berenti di Tapah utk bersarapan dan meneruskan perjalanan ke Telok Bakong. Kali pertama menjejakkan kaki di kampung husband.. Husband tak berenti2 bercerita menunujukan itu ini, tempat itu tempat ini, makcik itu, makcik ini.. sakan mengenalkan kampung halaman.. Singgah ke pusara tok & opah, kakak & adik husband kami bertolak ke rumah Mak Yong di Setiawan sbb semua adik beradik, MIL, sanak saudara berkumpul kat sana..

Cousin hubby dah ader program utk kami.. Sesi bergambar.. dan malam tu kami berkumpul di Telok Bakong.. Sesi BBQ dan pesta bunga api + mercun.. Semua adik beradik kami bermalam di hotel, tp husband decide utk bermalam di rumah Telok Bakong.. Katanya, experince kat sini since br kali pertama sampai.. aku ok jer.. Esoknya, kami ke Taiping menziarah rumah makcik husband.. Sebelum tu sempat singgah ke rumah Mak Choh (makcik husband).. Sempat lg hubby tunjuk sungai tempat dia main masa kecik dulu..

Raya2 begini, jalanraya pun ikut beraya.. Sesak..! Dari Taiping kami nak ke Ipoh mengambil masa 03 jam instead of 45min.. bayang kan.. Ipoh rumah sapa pulak?? Ipoh ader atuk saudara husband.. Malam tu, MIL + adik beradik pulang ke Kuala Lumpur sbb ramai yg mula bekerja hari Isnin tu.. Husband decide balik hr Isnin malam since aku bercuti panjang.. Nak bawak aku ke Lumut la bagai.. Plan ke Pangkor tp disebabkan cuaca yg begitu panas, aku pun malas.. berjalan2 di Lumut jer.. malam tu kami balik ke KUL bersama cousin hubby.. Lebuhraya masih penuh kereta.. Kami selamat sampai di rumah pada pukul 0030hrs.

Memang beraya sakan kan?? Kami bercadang nak buat open house tahun nie.. tp masih tak pilih tarikh since husband sibukkkkkkk dengan katering.. Akan di maklumkan date nya k!

Gambar ader banyak lg.. nanti aku upload lg k..

Akhir kata Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan batin dari kami berdua..

Sunday, September 5, 2010

The Expendables 2010

01Sept - Since banyak keja kat office, aku tepon hubby kononnya plan nak balik lambat sikit nak siap kan kerja.. Hubby mtk jgn balik lambat sebab dia dah beli ticket wayang mlm tu kul 09.30. Terkejutlah jugek tetiba surprised begitu.. Lambat tak lambat, 6.30pm aku sampai umah.. (bulan puasa kan balik kul 5).. Mandi, bersiap terus ke rumah MIL. Lepas berbuka, cepat2 balik bersiap terus ke Wangsa Walk.

Kami sampai movie pun dah bermula.. Movie apa pun aku tak tau, sampai kat dlm tu br mtk kat hubby ticket & aku br tau yg citer yg aku tonton ketika itu adalah THE EXPENDABLES..



Thank you husband for being understand to me.. Mencuri sedikit dr kesibukan masa si wifey utk bersama berdua.. I luv u so much.. thank u!

Activity Bulan Ramadhan..

Nie nak citer sikit, aktiviti yg aku buat sepanjang bulan Ramadhan selain bekerja.. Kerja tetap kerja lah kan?? Ini aktiviti sampingan dan aktiviti nie tak pernah aku buat ms zaman bujang dulu..

Ramadhan nie, banyak sgt invitation berbuka puasa sana sini.. tp since kahwin nie, aku tak banyak melibatkan diri.. buka puasa bersama xcoursemate lah, buka puasa bersama xschoolmate lah, buka puasa bersama rakan2 kat sini lah, kat situ lah.. dgn family lg..
Tp priority tetap FAMILY.. sgt nampak bezanya.. "aku ketika bujang & aku seorang isteri.." Dulu ms bujang, aku mmg active melibatkan diri dgn itu dgn ini.. (activiti yg sihat).. aku joint group sana, aku joint group sini.. la nie, aku korbankan semua.. sbbnya aku nak bg tumpuan sepenuhnya dkt suami & family..

Anyway, bulan puasa tahun nie.. aku sempat jugak menyelitkan diri menghadiri event2 yg dianjurkan oleh rakan2..
Gathering bersama xcoursemate ms kat UiTM dulu aku dapat pg.. Kebetulan hr yg sama hubby ader majlis buka puasa dgn classmate dia, so kita org seperate sbb aku nak sgt attend event xcoursemate aku tuh and dia pun nak sgt kemajlis classmate dia.. Hubby kata OK, aku pun yeayy!! lah kan???

Seperti yg aku maklumkan dlm entry sblm nie, hari2 kami berbuka puasa di rumah MIL.. so every Saturday, kami memastikan yg kami akn berbuka di rumah parents aku pulak.. kecuali kalau ader sbb2 yg tak dpt dielakkan..
Minggu lepas, gathering dgn rakan2 seperjuangan sebelum sambung belajar.. Yg nie aku tak dapat joint berbuka bersama sbb kami berbuka di rumah parents aku. Tp utk tdk menghampakan rakan2 lepas berbuka, aku terus ke tempat perjumpaan.. Walaupun sekejap aku berjaya menunjukan muka aku dan tak menghampakan diaorg. (Hubby pg sembahyang terawikh dgn my abah, while isteri berjumpa rakan2 sekejap.. bole giteww??) Lain2 event, aku minta maaf.. mmg tak bole joint..

Selain dr program berbuka puasa, aku gila buat desert and mcm2 lah aktiviti membuat pastry.. Aku sanggup membeli peralatan nak buat cookies, kek lah bagai.. Membeli bahan2 jer, penuh 1 meja.. Excited nih..! Kononnya raya tahun nie kuih nak buat sendiri jer..

Percubaan pertama adalah cream caremel - also known sbg aku nyer fav desert.. Berjaya! Senang jer upanya buat benda alah nie.. tak sampai 1/2 jam dah siap.. Kerja hubby, cuma memastikan benda yg aku msk tu dah betul2 masak + mengomen sama ader sedap atau tidak.. Bisalah, betapa egonya sang suami kan, tak mau puji dpn haku..dia pilah konon2 tanya mak dia sapa yg buat benda nie, sedap betul.. chitt.. podah!! Malu haku!

sekadar gambar hiasan dr Mr. Google

Percubaan kedua Chocolate moist cake.. Cake haku menjadi, tp tang Ganache aku failed.. Manalah aku tau tak bole guna direct api, aku pun best je lah buat kan.. kat recipe tu pun tak der bg tau.. aku pun bedal je lah kan.. Hahaha ganache failed, En Suami jugek yg tlg merepair..br lah menjadi.. ye lah bukan salah aku pun, recipe yg aku dapat pun drpd hubby.. hehehe.. - dia call kata dah email, aku print je lah..

gambar hiasan

Percubaan seterusnya project biscuit tart bersama SIL.. 3 hari 3 malam tdo kul 3 pagi.. menyiapkan.. 1 malam 1 adunan.. betapa banyak nya kan?? Bab mengadun dan membuat jam, mendecorate aku serah kan kepada kak Ana - SIL, bab menggentel jem my SIL wani yg buat, aku bab menggentel memasukkan jam dlm tepung dan membakar.. kami buat di rumah aku, bole kata complete lah jugak peralatan yg aku ader.. Lepas berbuka jer, semua bersiap sedia nak menjalankan project. Good job lah kan, hr pertama kuih tart kami tembam2 smgt! Hari kedua dah pandai adjust sikit.. Hari ke3 product terbaik telah dihasilkan! Feewitt! berjaya buat lebih kurang 700 bijik.. banyak tu..!!

gambar hisan gak.. Tq Mr. Google

Latest recipe yg hubby email, how to buat cheese cake! Yummy! tp kali nie, aku tgk jer sbb dia yg buat.. aku cuma tolong benda2 yg disuruh shj.. Bila hubby yg buat maknanya sempurnalah kan.. good smell, rsnya ok wpun kurang manis.. baguslah kot.. hehehe.. Latest project biscuit raya, is chocolate chip cookies.. yg nie bersama niece - Nurin. Dah banyak hr tertangguh sbb aku bz dgn MATTA Fair.. SIL dok sibuk dah tanya, mlm td berusahlah jugak buat sikit.. Adunan kedua br hubby ckp sedap.. Insyaallah malam nie bersambung lagi utk menyiapkan biscuit raya yg tak siap2 dan harap siap lah before raya.
gambar hiasan gak
ini pun gambar hiasan

Anyway, tak sabar menyambut Eidulfitri minggu depan..!

Monday, August 30, 2010

Our Sweet Sweetest Honeymoon..



Ok.. Sorry guys.. entry Honeymoon nie lambat di postkan seperti yg dijanjikan..
Bz.. Even cerita wedding pun aku tak post lg.. satu2 k.. akn di postkan jua.. janji!

We decided to go Kota Kinabalu for our 1st honeymoon.. chehh!! 1st?? ader lg ker?? Insyaallah.. kalau ader rezeki terlebih2.. kami ingin berhoneymoon lagi..
Disebabkan cuti yg amat limited (aku lah tu), kami telah memilih 06-09 May 2010..
Untung badan, sbb aku berkhidmat di salah sebuah agency pelancongan yg top kat KUL nie, my boss herself yg buat advance arrangement utk trip honeymoon kami dan memastikan trip kami going smooth gitu.. Tq boss..!!

Aku sendiri memilih utk stay at Nexus Karambunai Resort for 02 nights and another 01 night kami stay di Le Meredian BKI.. Nexus, for me is the best resort in BKI selain Shangri-La Rasa Ria.. Cuma locationnya jauh dr segala kemudahan.. nak berhoneymoon kan?? so biarlah tak bole keluar ke mana pun.. hahahah..Malam terakhir di BKI, aku pilih utk bermalam di Le Meridien.. So kami ader masa utk berjalan di bandar utk shopping la bagai...

Ok lets start the story..
06May - Kami ambik morning flight to BKI.. 0600hrs, kami mtk tlg Chik (hubby's brother) to hantar kita org ke Airport.. Sebelum tu, mmg aku dah informed kawan aku,-Juju & husband yg kami akan kesana.. (Juju kawan baik aku masa aku kecik dulu.. Gila2, bengong, senget semua lah.. kami sama2 sampai lah ke UiTM.. beza nya dia ambik Law and aku terjebak dgn Tourism Mgt.. Sesenget2 Si Juju nie, skrg dia dah jadi Timbalan Pendakwa Raya kat Kota Kinabalu.. Husband dia pun kawan aku gak.. Dia org nie bercinta dr Form 2, Alhamdulillah ke jinjang pelamin.. & anak dah dua punn..)Sampai jer kat BKI Apt, husband Juju -Nazman dah tepon.. disebabkan si Nazman nie pulak kerja dgn Imigration, kita org kuar tak payah nak isi borang ke cop2 lah bagai.. mmg kuar jer.. tunggu kita org nya luagages then kuar kat arrival hall... Nazman ajak lunch, tp my boss dah arrange driver to pick us up to Nexus.. Kami janji dgn Nazman utk keluar dinner dgn dia org mlm tu...

Perjalanan ke Kinarut, lebih kurang 40 min drpd airport.. sempat mtk driver lalu drive thru McD utk lapik perut.. Sampai di Nexus, kami di sambut oleh Reservation Manager & Duty Manager Resort.. Wow!! bilik kami di UPGRADE to Ocean Panorama Deluxe.. Bila masuk jer.. mmg besar lah kan?? buka sliding door terus nampak laut.. best! dok lepak kat branda.. sampai la pukul 3 ptg.

Disebabkan aku ader appointment dgn Sales Manager kat hotel lobby, aku ajak hubby sekali.. selesai appointment, dia org bawak gi round 1 hotel termasuk villa yg baru dibuat under Nexus.. Lebih kurang inspection lah jugak.. inilah apart of kerja aku.. Hubby nak joint, aku ok jer.. Dia seronok sgt sbb berpeluang tgk bilik yg paling murah sampai lah bilik yg paling mahal.. bawak round pakai buggy mmg seronok lah..
Hubby tanya; "Mcm nie ker kerja awk kalau ader hotel inspection??" Iya lah.. sampai naik boring.. Settel near to 6 kot.. puas meronda, kami decide lepak kat bilik..
Dinner; Juju & Nazman dtg pick up kami.. Dia org bawak lah ke Seafood Restaurant..
Masa nie lah Nazman mengenalkan dgn "siput tarik".. for me, biasa jer.. sbb aku tak minat seafood pun.. hahaha... Balik dr dinner, kami enjoy view resort waktu malam.. round2 kejap, then balik bilik..

07Sep - Mmg kami tak nak kemana2.. tp aku dah kejut hubby bangun breakfast.. enjoy view pantai waktu pagi, then balik bilik.. disebabkan kenyang sgt, hubby tak nak lunch.. Dia berehat kat bilik, Resevation Manager pulak nak jumpa aku.. aku keluar ke lobby sekejap berdiscuss.. Selesai berdiscuss kami dibekalkan fillet o' fish.. aku mtk arrange ke bilik..





Petang, aku ajak hubby berkeliaran kat pantai sambil enjoy berbasikal.. ha yg nie seronok.. sbb basikal yg kami sewa tu basikal berkembar.. hubby lah yg sebenarnya kena berkayuh.. aku duduk jer kat belakang jer wpun kaki aku kat paddle.. sampai berpeluh hubby.. disebabkan kul 6 matahari dah terbenam,kami enjoy di resort sampai lah ke sunset.. enjoy the view, enjoy the suasana.. bergambar sana, bergambar sini.. sampai lah nak habis waktu maghrib, baru balik bilik.. one more suprised by the hotel.. honeymoon kek terletak atas meja berserta kad yg ditandatangani oleh Reservation Staff.. Sweet kan?? bersolat maghrib.. lepak kat bilik.. plan nak dinner dihotel, tp mata dah berat.. hubby pun tak nak makan, so kami simpan tenaga utk keesokan harinya..











08Sep - Hari terakhir di Nexus.. Kami breakfast awal.. dan terus check out.. Juju & Family pick up kami utk ke Kundasang! Pejalanan dr Nexus ke Kundasang mengambil ms 02jam.. Enjoy the view, naik bukit kan.. makan lama makin sejuk.. Free commentary drpd Nazman.. hahaha.. Lalu di Ranau, kami tak bergambar di Jambatan Tamparuli.. Banyak yg dah diperbaruhi.. 1st stop kami di The Pines Resort sbb Juju tak breakfast lg.. disebabkan kami dah kenyang, so kami temankan lah Juju sekeluarga makan.. Nice resort..sejuk & comel.. After 01 hr, proceed ke hotspring.. Juju & family enjoy mandi, kami berdua tergedik2 nak naik canopy walkway kat atas tu.. Bole tahan tinggi.. Ikut kan hubby dia nak berjalan sampai ke air terjun kat atas dan explore caves.. tak kuasa aku.. dgn pakaian yg tak sesuai gini, nak memanjat bukit lah bagai.. hentikanlah.. kalau nak visit gak, tunggu next trip package mendaki sekali..






Dah puas di hotspring, kami ke National Park.. Kabus tebal, so tak nampak Mount Kinabalu yg tinggi tu.. Sejuk.. Semua masih kenyang.. kami tak berhenti lunch pun.. Bergambar lah bagai, kami bertolak ke Kota Kinabalu..






Nazman drop us di Le Meridien Hotel. Check in diupgrade lagi ke Deluxe Seaview, masuk bilik.. Wow! Another suprised! Bouquet flower dalam bilik bersama petals.. Di bath tub pun penuh petals.. Enjoy sgt..!! Ting Tong! Door bell berbunyi, kami dapat 1plate chocolate.. tak sampai 10 min, door bell bunyi lagi.. Kali nie sparkling juice sampai.. Hubby so excited!


Lupa nak bg tau, hubby's cousin - Abg Man pun ader duduk di BKI.. Supprisingly, dia & family stay 01 night jugak di Le Meridien malam tu.. Bilik atas.. Sempat lepak ngan dia org kejap, kami balik ke bilik..Berehat sekejap, malam dinner berjanji lg dgn Juju.. Kali nie ke Restaurant Putri Hang Lipo, Restoran Abg Man. Kami enjoy the food.. sedap sgt.. Nazman & Juju lg lah enjoy kan.. sbb nya, br dia jumpa Restaurant yg food dia sama dekat semenanjung..Penuh meja.. Kenyang giler.. balik kami singgah di Kampung Air - Market yg jual bermcm2 cenderamata & cenderahati.. tgk2, survey2, then balik ke hotel.

Lepak kat bilik, Abg Man called ajak melepak.. mata dah berat, tp gagah kan jugak.. Hubby mmg lajulah kan.. jumpa teman seperjuangan.. tak de nya aku nak duduk bilik sorang2.. ikut lah melepak sampai kul 3 pg..

09Sep - Hari terakhir di BKI.. bangun pagi, breakfast.. enjoy BBF terus ke town.. membeli belah lah bagai.. berjalan kaki.. nie lah kelebihan duduk di Le Meredian. Di tengah bandar.. senang nak ke hulu ke hilir.. near to shopping complex la bagai.. Habis bershopping, balik ke hotel celebrate Issabella Birthday - Abg Man's the only daughter. After finished lepak kat bilik kejap sambil berkemas utk check out as my boss dah arrange pick up dr hotel pukul 1600hrs ke airport. Hubby suruh cancel.Abg Man pulak call to have lunch dekat restaurant dia lg. And dia akan hantar kami airport.



Habis lunch, keluar dgn Abg Man round2, pusing2 kejap then terus ke airport. Check in kan bagasi, Nazman, Juju & family sampai.. Assist us lg.. tak payah beratur la bagai..

Kami berlepas dr BKI kul 1830hrs sampai KUL about 2100hrs. Chik & Wani pick us up di Kuala Lumpur..

Satu kenangan yg paling indah disaat masih begelar PENGANTIN BARU, Alhamdulillah diberi rezeki utk merasai nikmat BERBULAN MADU..

***banyak lg gambar.. tak larat nak mendownload.. cukuplah tu kot..

Jutaan terima kasih officially to My Dear Boss, Juju & Nazman, Abg Man, Chik & Wani, Nexus & Le Meridien. ader rezeki, insyaallah sampai lg ke sana..

Pages

Mari Klik Klik Kengkawan..

KURUS! KURUS! KURUS!