My Nuffnang

When 2 Become 1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 29, 2010

SALAM MINALAIDILWALFAIIZIN 2010



As Salam..
Lama betul tak memblogging.. bz bercuti + tersangat bz kat ofis..
Hari nie dah masuk syawal yg ke 20.. Uihhh banyak hari dah berlalu br skrg nak update blog... Anyway, masih belum terlambat utk aku mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan batin kepada semua..

Seperti yg aku bg tau dlm entry yg lepas, aku sgt excited utk menyambut syawal pada tahun ini.. Kali nie aku menyambut syawal bersama suami tercinta.. dan aku skrg mpunyai keluarga yg besar.. yeahh!! besar gitew sbb aku dah ader 2 family.. my family + family in law..

Sehari sebelum raya, aku masih bertugas di ofis.. wpun half day, aku dah merasa kehangatan syawal.. Sikit tension pd hari sebelum cuti hr tu, makin aku half day semakin melambak pulak kerja kat ofis nie.. rasa mcm nak menangis.. ye lah kan, sepatutnya balik kul 1 nie dah sampai terbawak ke 2.30.. habis handover kerja aku dkt diorg 2.30 sharp aku cabut.. balik ke rumah.. sbb ader kerja yg menanti.. sgt tension!

Malam sebelum syawal, aku dah dengar takbir kat surau.. hubby dah bersiap nak ke surau + joint takbir dr rumah ke rumah.. aku masih terkedek2 mengemas.. MIL call mtk bantu sikit kat rumah dia.. bersiap, terus kesana.. still ader kerja yg tertangguh di rumah MIL, aku turun ke padang utk menolong hubby menyiapkan kerja.. Alhamdulillah semua selesai dalam kul 3 pg..

Pagi Syawal, aku bangun dgn hati yg sgt gembira.. ye lah.. 1st time menyambut syawal dgn suami.. betapa seronoknya lah kan.. lepas siap gosok baju husband, barulah kejut hubby... Hubby siap ke surau, manakala aku yg tembel nie terpaksa ditinggalkan tak pg sembahyang raya.. Aku menyiapkan segala la bagai sementara menunggu husband balik dari surau..

Siap semua, husband pun balik.. Hensem bergaya dgn samping baru.. (samping jer baru).. bersalam raya , mintak ampun maaf zahir dan batin mtk halal makan minum dr husband di rumah aku sendiri..tak delah segan bila nak berpeluk bercium lah bagai kan sambil mengalir kan air mata.. hehehe... Kemudian kami menziarahi pusara ayahanda mertua..

Selesai ke pusara, terus ke rumah MIL.. bermaaf maafan dgn BIL, SIL dan biras2.. Rumah MIL mmg selalu dikunjungi sanak saudara mmg lah penuh kan?? wah.. seronok sakan.. Dalam pukul 1130 pg, kami bertolak ke Klang.. keluarga aku pulak menanti.. seronok sakan walaupun terkejar2.. Sampai di TSA dlam pukul 1230.. semua dah menanti.. kali nie di rumah keluarga aku complete! semua ader lengkap.. sebab semua turn beraya di rumah mak aku.. Bermaaf maafan bergambar, kami sekeluarga balik ke kampung mak & abah aku di Meru.. Sampai di kampung lagi lah ramai kan.. almaklumlah kami dari keluarga besar.. tak cukup umah nenek aku..nasib baik halaman rumah besar.. bayangkan lebih dr 20 keta kat halaman rumah..

Mengikut tradisi dr dulu,kami akan beraya beramai2 ke rumah nenek & atuk saudara.. melawat, menziarah dan bermaafan sambil didoakan dr tuan rumah.. Setahunn sekali jer dapat bpeluang begini.. gather beramai2 bersama cousin2 yg lama benar aku tak jumpa..
Mak & abah aku mmg paksa kami pergi beraya package utk mengenalkan suami kepada sanak saudara.. 1 hari beraya mmg tak cukup.. tak habis pun kami ziarah.. Malam kami balik ke TSA dan bersiap utk balik ke TBR sbb keesokkkan hrnya kami akan beraya di Perak.. Kampung husband.

sibuk jer abg aku kat belakang tu kan??
with adik aku (yg pakai baju pink sbl pegang anak)& aunty2 dan cousin.. Izan : ko tak email aku gambar banyak2, so muka ko sikit ajer tau..
nie diantara sepupu sepapat makcik pakcik yg ader..

Hari Raya kedua - Seawal 6 pagi aku dah bangun.. menyiapkan segala keperluan.. anyway hubby dah tolong pack barang mlm sebelumnya.. 0745 pg, kami bertolak ke perak.. 1st time long journey di hari raya menikmati keindahan kampung.. hahaha.. sbb selama membujang, balik rumah keluarga terus kekampung yg tak sampai 30 min pun.. walaupun perjalanan ke Bota mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam jer.. Kami berenti di Tapah utk bersarapan dan meneruskan perjalanan ke Telok Bakong. Kali pertama menjejakkan kaki di kampung husband.. Husband tak berenti2 bercerita menunujukan itu ini, tempat itu tempat ini, makcik itu, makcik ini.. sakan mengenalkan kampung halaman.. Singgah ke pusara tok & opah, kakak & adik husband kami bertolak ke rumah Mak Yong di Setiawan sbb semua adik beradik, MIL, sanak saudara berkumpul kat sana..

Cousin hubby dah ader program utk kami.. Sesi bergambar.. dan malam tu kami berkumpul di Telok Bakong.. Sesi BBQ dan pesta bunga api + mercun.. Semua adik beradik kami bermalam di hotel, tp husband decide utk bermalam di rumah Telok Bakong.. Katanya, experince kat sini since br kali pertama sampai.. aku ok jer.. Esoknya, kami ke Taiping menziarah rumah makcik husband.. Sebelum tu sempat singgah ke rumah Mak Choh (makcik husband).. Sempat lg hubby tunjuk sungai tempat dia main masa kecik dulu..

Raya2 begini, jalanraya pun ikut beraya.. Sesak..! Dari Taiping kami nak ke Ipoh mengambil masa 03 jam instead of 45min.. bayang kan.. Ipoh rumah sapa pulak?? Ipoh ader atuk saudara husband.. Malam tu, MIL + adik beradik pulang ke Kuala Lumpur sbb ramai yg mula bekerja hari Isnin tu.. Husband decide balik hr Isnin malam since aku bercuti panjang.. Nak bawak aku ke Lumut la bagai.. Plan ke Pangkor tp disebabkan cuaca yg begitu panas, aku pun malas.. berjalan2 di Lumut jer.. malam tu kami balik ke KUL bersama cousin hubby.. Lebuhraya masih penuh kereta.. Kami selamat sampai di rumah pada pukul 0030hrs.

Memang beraya sakan kan?? Kami bercadang nak buat open house tahun nie.. tp masih tak pilih tarikh since husband sibukkkkkkk dengan katering.. Akan di maklumkan date nya k!

Gambar ader banyak lg.. nanti aku upload lg k..

Akhir kata Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan batin dari kami berdua..

No comments:

Post a Comment

Pages

Mari Klik Klik Kengkawan..

KURUS! KURUS! KURUS!