My Nuffnang

When 2 Become 1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 2, 2010

MARIJUANA

Aku tertarik dengan artikel nie.. Kenapa ramai yg terjebak dgn dadah?? dadah kan musuh negara.. aku tertarik dgn artikel ini sbb ramai yg menganggap dadah jenis ini dikatakan tak sama dgn dadah yg lain.. Bole dikatakan ramai lelaki yg terjerumus dgn dadah jenis ini dan bila ditanya; diantara jawapan mereka adalah; ganja adalah dari bahan semulajadi dan ia tdk merbahaya kalau nak dibandingkan dgn jenis dadah yg lain.. Wak Lu!! kalau tak merbahaya kenapa Ganja diharamkan di Malaysia?? - sbb korang2 sendiri(yg terjerumus dgn benda nie)yg menyalah gunakannya.. dalam erti kata lain, PENYALAH GUNAAN DADAH...


" Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan.

Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.

Kimia dan Kesan kepada Neuron

Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol (THC). Ganja juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan dengan THC. THC bersifat lilpofilik ( lilpophilic ) dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan ( withdrawal ). THC mengambil masa berminggu minggu untuk keluar dari badan manusia. THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik (sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia.

Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik. Tiada reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal pernafasan dan fungsi jantung. Kekurangan reseptor CB di medula adalah punca mengapa pengguna ganja tidak mudah mati jika terlebih dos. Neil Goodman menyebut,

" Both subtypes (CB1 and CB2) belong to the seven transmembrane spannir receptor family with a seven a-helices spanning the cell membrane. The intracellular loops of the receptor protein are involved with the G-proteins responsible for the transduction of the intercellular signal. This G-protein-coupled receptor causes the inhibition of the enzymatic activity of adenylate cyclase responsible for the production of cyclic adenosine monophosphate (cAMP) in the cell." [Neil Goodman, 2003, erowid.org].

Reseptor CB terletak di dalam neuron presinaps. Seperti kata Kreitzer dan Regehr, apabila salah satu penghantar biasa seperti glutamat atau GABA meransang neuron postsinaps, neuron tersebut membebaskan bahan kimia cannabinoid ( contohnya anandamide atau 2-AG). Penghantar tersebut kemudiannya kembali kepada neuron presinaps bagi mengurangkan penghasilan cannabinoid buat sementara waktu.

THC boleh merencat keplastikan sinaps otak. Ini adalah disebabkan reseptor CB1 mengubah keplastikan sinaps bersandar cAMP dan seterusnya menghalang pengambilan sinaps baru dengan cara merencat penghasilan cAMP."

So, kepada sesiapa yg terjerumus dgn benda nie, artikel diatas menerangkan diantara akibat mengambil benda haram jadah nie!! Jadilah rakyat berguna untuk agama, masyarakat dan negara!!


No comments:

Post a Comment

Pages

Mari Klik Klik Kengkawan..

KURUS! KURUS! KURUS!