Aku tersentuh bila aku buka page kawan lama aku di FB pg nie dan aku tgk semua koleksi gambar2 dia... kawan aku ms di sekolah rendah.. Dia org yg bijak ms di sekolah.. dia juga terkenal dgn sifat kemanjaan.. semua org tau dia anak tunggal.. dia org senang.. segalanya cukup utk dirinya.. aku tak lah serapat mana dgn dia.. tp aku kenal dia.. menjalankan tugas sbg pengawas sekolah bersama2, satu pasukan perbahasan bersama dia.. satu pasukan tarian bersama dia.. jd aku tau dia.. melangkah ke sekolah menengah, dia ke sekolah lain dan aku kesekolah lain.. sampai lah masing2 melanjutkan pelajaran di IPTA.. kami terputus hubungan seketika...
Jumpa dia balik semasa majlis Reunion sekolah pd May 2006 di KEC Klang.. Majlis yg diketuai oleh aku sendiri.. aku berjaya mengumpul seramai 300 bekas pelajar SRKTKJ hasil pertolongan 10 org sahabat handai di bawah naungan aku.. Aku jumpa dia balik ms majlis itu.. Skrg dia bekerja dgn syarikat computer terkemuka di ibu kota.. Apa kaitannya dgn Cinta Sejati??
Kawan aku nie telah mendirikan rumah tangga tahun lepas dgn jejaka pilihan hati.. Aku tak pg majlis dia.. Mungkin ms tu aku sibuk, atau ader benda lain yg tak dpt aku elakkan.. Aku hanya tgk gambar dia di FB.. tak der yg aku realised apa yg kurang dlm majlis mereka.. Nampak meriah.. nampak mewah.. maklumlah anak tunggal..
Sampailah bila aku ke umah sahabat aku Anoi, utk menjemput sempena perkahwinan aku.. Ibu Anoi menceritakan yg Dia (kawan aku) berkahwin dgn suaminya yg tak cukup sifat.. fizikal yg tak sempurna.. hanya mempunyai sebelah tangan.. akibat dr kemalangan... aku terkejut tapi cerita itu berlalu begitu sahaja.. dan aku lupa..
Sehinggalah pg ini.. aku tiba2 ditarik utk mengetahui perkembangan dirinya.. uuuhhh.. shes preggy! dia menghitung hari skrg ni.. aku tgk album gambarnya satu persatu.. mmg benar, suaminya hanya mempunyai sebelah tangan.. menitik air mata aku.. luhurnya cinta mu kawan.. kau terima dia seadanya.. wpun aku dgr sebelum ini kau mendapat tentangan hebat dr keluargamu..
Aku tgk gambar kawin nya.. mmg sebelah tangah suaminya tak bergerak.. rupanya tangan palsu.. kalau aku tak di maklumkan, sumpah aku tak kan tahu sehingga hr ini.. Untuk mu kawan, aku doakan kau berbahagia dunia akhirat bersama suamimu dan anak yg bakal di lahirkan kelak..
Cinta yg sejati akan sanggup menerima pasangannya seadanya..
walaupun kawan aku nie punya rupa, punya harta, punya pekerjaan yg baik punya segala2nya tp dia tetap jadi dirinya.. tidak riak, tidak sombong dan aku yakin dia tidak pernah lupa pada yg ESA..
Ini adalah gambar terbaru mereka.. meraka mmg mengdokumentasi perjalanan baby since
day1 dia pregnant sampai lah saat baby dia org nak dilahirkan.. so sweetkan?? Beb, pinjam gambar.. tak der niat nak mengaibkan cuma nak berkongsi cerita bertapa tulusnya hati kau beb..
No comments:
Post a Comment