My Nuffnang

When 2 Become 1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 26, 2012

Welcome 2012

Salam Peeps..

Liat betul nak update blog lately nie.. Janji nak update, end up sampai kesudah tak terupdate jugak!
Selamat tahun baru semua! Semoga 2012 ini lebih baik dari tahun sebelumnya..Aminnnn..

Apa azam korang 2012 nie? Apa pulak azam aku untuk 2012 kali nie ??
Kalau ikutkan berderet apa yg aku azamkan.. bersusun impian yg aku nak.. Bukan saja aku, tp kami laki bini! Apa azamnya? tak perlulah kot aku tempek kan disini.. tak perlu lah aku list kan segala azam dan impian kami yg berjela panjangnya.. hahahaha! Takut tak tercapai, takut tak terbuat akhirnya kami yg frust!

Iye.. salah satu impian kami adalah ANAK.. Kami sangat mahukan anak.. Kami mahu anak!
Iye, kami juga sedang berusaha dan masih berusaha dan terus berusaha untuk capaikan impian itu..
Tapi selebihnya kerja Dia yang satu..
Aku dah lali dgn soalan2 bertanyakan tentang anak.. yg sinis pun aku dah lalui..
Tp lupakah mereka itu semua kerja Dia yang satu? aku tempuh segala pahit getir, sakit segala dengan hanya TERSENYUM bila berdepan dgn mereka.. Tapi tahu kah mereka diluar sana hati ini merintih menangis, sedih dengan soalan2 dan ayat2 yg menusuk dihati? Betul kata biras aku., kalau bole kami beli dikedai, dah lama kami beli!

"Pergilah jumpa doktor, pergilah check, manalah tahu......" manalah tahu aku apa? aku MANDUL? 
"Lah.. dah dekat dua tahun kawin, tak ada anak lg? laki kau tak POWER lah!"
"Weh, anak aku dah 3 dah!, korang nie LEMBAB lah.."
WHAT THE FISH?? Perlu ker soalan2 yg mcm nie dituba kepada kami..? Tak terfikirkah mereka bagaimana perasaan kami dgn soalan2 sebegini? kan lebih baik mendoakan supaya rezeki itu milik kami?
"La.. ko sentap ker? aku GURAU jer.." gurau apa kejadah ayat mcm tu ? Gurau ada tempatnya lah SAMDOL! Tolong jaga sensitiviti orang lain..!

Aku setuju dgn biras aku lagi, perlukah kami canang sana sini yg kami makan ubat itu, makan ubat ini.. makan supplement itu, makan supplement ini.. urut sana, urut sini.. pakai itu pakai ini..? Tak perlu lah kot.. Kami memang sedang berusaha..! Hanya kami yang lalui yg tahu mcm mana sedihnya kami!

Andaikata doktor mengesahkan kelemahan itu datang daripada antara kami, PLEASE ! kami perlukan sokongan moral dari luar sana! (walaupun aku tak kan reveal kat luar sana..) bukan kata2 yg bole membuatkan kami putus asa! Kami yang menanggung! kami yang menghadap..

Siapa yg tak mahu impian mereka menjadi kenyataan kan? siapa juga yg tak mahu azam mereka terlaksana tanpa sebarang masalah kan? Aku juga mahu.. kami juga mahu.. kami juga tahu tanpa usaha impian & azam itu tidak akan tercapai.. tidak akan terlaksana.. tp kita harus juga ingat selebihnya adalah keizinan dari DIA yang satu.. Biarlah kami mengikut arus, biarlah kami usaha mengikut kemampuan kami.. Insyaallah, semoga Allah dengar rintihan kami..

Selamat tahun baru untuk semua..

P/s: Tetiba jadi entry emotional luahkan apa yg terbuku dihati.. hehehe
     : Wani, i can feel you.. :)

1 comment:

  1. Sabariah ye wana..ade yg terbaik Akan menjelang..aku doakn..semoga dipermudahkn..Amin.

    ReplyDelete

Pages

Mari Klik Klik Kengkawan..

KURUS! KURUS! KURUS!