Thursday, January 24, 2013
Cinta Mereka Kepada Nabi Sebegitu Sekali, Kita???
Ketika Rasulullah SAW hijrah ke Madinah, baginda menginap di rumah Abu Ayyub Al-Anshari. Rumahnya itu dua tingkat, Abu Ayyub dan istrinya di tingkat atas dan Rasulullah SAW di bawah. Pada malam hari Abu Ayub dan istrinya tidak sanggup tidur karena mereka takut menggerakkan tubuhnya, semuanya terbujur seperti sebongkah kayu menahan dirinya untuk tidak bergerak. Mereka takut kalau bergerak, nanti debu-debu dari atas itu berjatuhan kepada Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah mengetahui hal itu, beliau sangat terharu lalu kepada Abu Ayub diajarkan sebuah doa sebagai penghargaan beliau atas cinta yang tulus dari Abu Ayub.
Sallallahualaimuhammad.. Sallahualaihiwasallam.. sallallahualaimuhammad.. sallallahualaihiwasallam..
Wednesday, January 9, 2013
Selamat Datang 2013
Salam 2013 kamu2 kesayangan saya..
Lama sungguh tidak mengemas kini blog yg semakin usang.. Kesibukan masa ditempat kerja dan di rumah menjadikan sy teramat malas nak kemaskini blog yg tak seberapa ini.. Banyak cerita yg mahu dikongsikan tp kekangan masa dan kemalasan yg menguasai diri tidak mengizinkan sy mencoret apa2 pun di blog When 2 become 1 ini..
2013 sudah 09 hari berlalu.. Sempat lagi rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada kamu2 semua yg membaca blog ini.. heh! Happy New Year Uolls!
2012 meninggalkan banyak kenangan untuk sy. Gembira, sedih, manis, pahit, indah, segalanya lengkap.. Al-hamdulillah .. Sy bersyukur dgn segala nikmat dan ujian yg Allah bagi pada sy dan telah menjadikan saya lebih mengingati Dia..
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi saya dan suami hidup bahagia walaupun tiada kemewahan tapi hidup dgn cara bersederhana.. Majuk2, marah2, gaduh2 ayam tu biasalah kan ? Lumrah berumahtangga.. Syukran diberi suami yg sempurna dimata saya.. Banyak yg kami lalui bersama.. suka dan gembira kami kongsi sama2.. lompat2, peluk2 ,syukur sama2 ! Yg duka sedih semuanya kami lalui dgn sabar dan mengambil dari sudut positive sebagai ujian Allah yg sayangkan umatnya.. Pejam, celik, pejam celik dah nak masuk 3 tahun usia perkahwinan kami.. lagi sekali Alhamdulillah syukur.. semoga dirahmati Allah dan kekal hingga ke jannah perkahwinan ini !
Dari segi kerjaya kami suami isteri, Alhamdulillah juga.. Rezeki yg sentiasa ada dan tak pernah putus walaupun ada ketikanya kami tergelincir, tergeliat tp masih mampu menyara dua perut ini.. Kami juga percaya rezeki Allah itu ada dimana2.. Tinggal diusahakan sahaja.. Oh.. tidak lupa, Allah buka pintu rezeki untuk suami menimba pengalaman yg baru sebulan yg lepas. Syukur banyak kepada Dia ! Suami pulak sangat gembira dan selesa dengan peluang ini. Bila suami happy, sy pun mestilah turut happy kannn?? Semoga apa yg dicita2kan suami tercapai.. In Shaa Allah.. Doa saya untuk kamu, sayang..
Aku? Makin hari makin sibuk.. Masih bekerja ditempat lama.. dan mungkin 2013 ini akan bertambah sibuk!! Heh. Ada kerja kosong tak kat tempat korang? Boleh sy mencuba nasib.. huhuhu
Anak? Ok, rezeki yg satu nie kami masih tunggu.. Kamu2 semua doakan untuk kami k.
Eh.. kami banyak bercuti di tahun 2012 hari tu.. siapa yg didalam fren list FB sy mesti nampak gambar2 kami pergi bercuti kan? . Oh.. kami menyahut seruan kerajaan untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi percutian makanya kami hanya bercuti didalam negeri sahaja.. Cuti2 Malaysia gitew.. (kah kah kah ). Percutian 2012 adalah percutian secara berjemaah..! Ramai2 gitew.. I like.. Bini Bini Ku Gangster, mari plan untuk percutian 2013 pulak! ahaks!
Banyak lagi nak diceritakan.. nak recap apa yg berlaku sepanjang 2012. Terlampau banyak nak dicerita dan dikongsikan secara detail. Tapi tak termampu.. Biar jelah kenangan2 itu tersemat kemas di hati saya.. Hehehe.. Harapan, semoga 2013 rajin lah saya update blog nie ekk. Supaya satu cerita pun tak tertinggal.. (kononn) Kepada kamu2 kesayangan saya , semoga 2013 ini diberkati dan dirahmati Allah selalu. Lebih baik dari tahun yg sebelumnya.. Tercapai segala azam.Tercapai segala cita2..Amin..
Err.. Tak lupa untuk si penyibuk2 hal kami suami isteri ; Jodoh , Anak , Ajal , rezeki , bahagia ke tak bahagia ker kaya ke miskin ker semuanya urusan Allah. Semuanya ketentuan Dia yg satu. Percaya kepada qada’ dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yg wajib dipercayai dan wajib diimani. Harap maklum ya, ya puan2 dan tuan2.. Sy manusia biasa yg tak sempurna.. tp kami tetap usaha untuk menjadi sempurna di mata Allah. Tak perlu nak korek atau hantar pencacai nak tgk kami bahagia ke tidak.. pakai kereta besar ker , dah beli rumah ker.. dah mengandung ker.. Please mind your own business! Saya tak pernah kacau hidup kalian.. So jangan baik sangat nak jaga tepi kain kami.. Peace yowww!!
Lastly, salam tahun baru uolls.. maaf segala khilaf yg dilakukan sepanjang setahun yg lalu.. Semoga kita menjadi lebih baik dari sebelumnya..

Raya 2012 |
Subscribe to:
Posts (Atom)