My Nuffnang

When 2 Become 1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 13, 2011

SEASON OF THE WITCH


"A 14th century Crusader returns to a homeland devastated by the Black Plague. A beleaguered church, deeming sorcery the culprit of the plague, commands the two knights to transport an accused witch to a remote abbey, where monks will perform a ritual in hopes of ending the pestilence. A priest, a grieving knight, a disgraced itinerant and a headstrong youth who can only dream of becoming a knight join a mission troubled by mythically hostile wilderness and fierce contention over the fate of the girl. When the embattled party arrives at the abbey, a horrific discovery jeopardises the knight's pledge to ensure the girl fair treatment, and pits them against an inexplicably powerful and destructive force."

Salam semua..
Last nite husband beli ticket movie dia atas..
Ceritanya, ok lah..
Balik dr movie singgah makan wantan mee fav husband di WMSS2.
Walaupun mataku pedas, tp aku layan kan...

Neway, tq sayang cari ms bersantai2an..
Luv you! muah muah muahh...

Wednesday, January 5, 2011

DIA DATANG DAN DIA PERGI..

As Salam..
Ok, this entry sepatutnya aku post sebelum entry sebelumnya..
Aku saja dulukan entry bola, adalah sebabnya..

Friday 24th December, aku dah rs segala tekak, hidung, tulang, badan sakit2.. Hidung pun dah basah2.. Since 24th Dec company aku mmg half day, so aku senang hati sikit..
Tapi sblm tu aku dapat called dr My Abah yg cousin dia meninggal di Keramat.. tak delah tergopoh gapah sbb aku dah planned kerja aku habis sebelum kul 2.. Kul 2 jer aku shoot ke rumah, utk fetch hubby ker rumah arwah.. My abah & my mom dah ada kat sana.. Al-Hamdulillah, husband sempat sembahyang jenazah bersama.. Kami terus pulang since my abah & mom nak terus balik ke TSA. Malam tu aku mmg demam.. nasib baik esoknya cuti..

25Dec, Krismas.. husband sgt bz.. tak silap aku ader 4 tempat katering.. Entah! aku pun tak igt.. Bangun jugak pagi tu, siap kan baju husband.. dan aku teringat nak gatal2 buat UPT since my period pun dah lewat 2 hr.. dah buat test tu, aku tgk lembab sgt benda tu nak menyerap, aku tinggalkan atas dressing table. salam husband aku sambung tdo.. kepala pening nie!! Tersedar bila hotline berbunyi.. teringat nak tgk UPT test tu dan hasilnya.. :

Sgt memeranjatkan + confused.. sbb lagi satu line tu blurrrr.. i called my SIL, and she said better refering to the doctor, sbb blurr tu pun tandanya pregnant! Duduk bertenang sambil berehat, hidung dok sok sek sok sek aku sms husband..

Encik suami balik, aku ajak ke klinik lepas maghrib..
Alhamdulillah, doctor confirmed kan yg aku on early stage pregnant - about 3 weeks and she asked to repeat again the UPT lg 2 minggu and lg 2 minggu tu the line mesti clear and bole confirm kan due date... Since husband pun dgr sendiri, aku tak payah nak repeat 2, 3 kali...Kami dinner di Ali Maju malam tu, aku tdo dgn hati yg sgt berbunga2..

Esoknya kami tgk bola (sila refer entry sblm nie..)

Hari Isnin, aku ke ofis dgn badan yg tak sihat.. boss aku dah tentu sgt risau.. siap halau aku balik... aku siap kan kerja, pukul 3 br aku balik... sampai rumah, aku mengigil kesejukkan.. bila husband pegang aku, badan aku sgt panas.. Malam ke klinik lg, dan aku dapat mc esoknya.. since aku nie terlampau taksub dgn kerja, aku ke opis jugak keesokkan harinya.. tgh hr aku balik.. and demam nie lama la pulak.. aku tdo siap berstoking la bagai.. Org kata, early pregnancy mmg selalunya demam.. Baby nak develop tp tak cukup zat then dia ambik zat dr badan kita sbb tu kita demam..

Hari Khamis ke opis, aku terserempak dgn opismatte accident 1000m sebelum sampai opis aku.. disebabkan kami pakai uniform yg sama dan dasar kemanusiaan aku berenti nak tolong apa yg patut.. bila aku mtk dia supaya bangun (ms tu dia duduk bertinggung) ttba pulak dia pitam atas aku.. nak terduduk lah jugak aku masa tu.. aku terus mtk org yg ada kat situ mtk tlg masuk kan dia dlm keta aku.. sempat singgah kat opis ambik kawan aku lg sorang mtk teman gi spital.. semua selesai aku balik ke opis dan bekerja seperti biasa.. Adalah jugak aku mengadu kat kawan aku yg bawah perut aku sakit..

Jumaat 31st December tu cuti terkejut!! sbb kita menang bola.. so aku dgn seronoknya, dia atas katil sampai terang.. (subuh dah bangun).. rs jugak sengal kat bawah perut aku tu.. tp aku ignore.. org kata jugak, kalau pregnant rahim kita mengembang sbb tu bawah perut tu akan rs sakit mcm nak period tp tak kuar.. husband gi sembahyang jumaat.. lepas sembahyang, kami kerumah MIL.. lepas tu berjalan ke JJ dan ke pasar mlm.. teringin makan nasi kerabu.. kita org enjoy mkn nasi kerabu bersama my SIL di rumahnya..

About 2130hrs, aku ajak husband balik.. sebab aku nak mandi.. husband pun ada activiti rukun tetangga mlm tu.. aku berehat kejap, husband dah keluar.. Rasa nak terkencing pulak, masuk bilik air "PLUP" keluar klots.. aku turun darah.. Libang libu dah rs.. sambil called my husband aku bersiap.. aku ckp aku tak leh tunggu.. aku klinik sorang.. tinggal turn aku, husband sampai.. explain to doctor, doctor scanned, ckp baby dah tak der, even semua dah turun habis.. Husband ada kat situ, dia dgr sendiri and aku dah tak lalu nak explain apa2.. Doctor ckp; jgn susah hati.. insyaallah ada peluang lg lepas nie.. gap 1 atau 2 bulan then bole concieve lg..
Even dia kata tak perlu buat D&C sbb dia scanned semua dah clear.. Cuma kena monitor flow darah.. kalau heavy, kena admitted.. aku angguk.. terus keluar, tak fikir pun pasal ubat, pasal mc, sampai nak bayar pun aku lupa.. gelap aku rs... luluhnya hati aku!!

Tgk husband pun muka berubah.. cuma dia control.. husband pesan "tak pe lah, dah tak der rezeki.. benda pun baru nak jd.. lain lah kalau dah 4, 5 bulan.. lg terasa..."
aku balik bawak keta, husband naik moto.. aku terus ke rumah.. letak handbag, terus menangis.. aku tanya husband "awk tak sedih ker??" dia jawab "sedih jugak.. tp dah tak der rezeki.. tak pe lah.. insyaallah, esok lusa Allah bg lagi.. tak payah nak susah hati.." aku & husband redha.. Mesti ada hikmah nya kan..??

Malam tu, aku bg tau my mom and my sister.. semua ckp benda yg sama.. aku ckp aku redha.. tp kecewa tu ttp ada.. malam tu aku tdo berlinangan air mata.. husband peluk aku kuat2 mungkin dia nak aku tau yg dia sentiasa ada bersama aku..!!

Untuk mu anak... Mama & Daddy redha.. Allah lebih mengetahui apa yg terjadi..

P/S : sikit terkilan, sbb siram klots tu.. tak ambil and tanam..
Aku tak tau!!


AFF SUZUKI CUP 2010


As Salam semua..
Ini adalah unposted entry.. dah mentioned, bz sampai tak sempat nak post entry nie..

Hari Rabu sebelum tournament, husband sms tanya nak tgk bola tak?? Disebabkan aku bz dgn year end punya kerja sampai aku tak tau mana lawan mana.. I just tanya bila and he said for Sunday.. aku cuma OK kan.. (igt dia memain)..

Ohh.. sesungguhnya husband beli ticket betul2.. cuma husband kata, kita akan ke Bukit Jalil by scooter?? Biar betik laki aku nie.. Lama gila kot tak naik moto.. kalau ke kedai ker, ke umah MIL ker, ke pasar malam ker lain lah kot.. wpun tak jauh adalah setengah jam ride ke Bukit Jalil tu..

26th Dec husband bekerja, kul 6 dah sampai umah.. itu pun dia kata dah lambat.. aku yg hegeh2 bersiap.. sampai terjerit lah husband memanggil.. berkumpul dpn umah MIL kami bertolak ramai2.. Uihh, aku sorang jer pompuan.. Laki aku sorang jer yg bawak bini.. betapalah kan???

Menaiki moto ke Bukit Jalil, teringat ms zaman kegemilangan dan zaman bercinta di UiTM dulu..kehulu kehilir dgn scooter dia! ke kelas berambik berhantar.. hahaha.. 1 faculty tau, itu scooter tunggu sapa.. ?? pg makan, tgk wayang, jalan2 semua dgn scooter tu.. cuma last semester jer dia dah bawak keta.. as husband penjaga barang yg baik, scooter tu masih bertahan sampai skrg.. aku rs adalah 10 tahun..bagus kan??

ok, berbalik kepada citer bola.. sampai di bukit jalil, husband tgg cousin sbb nak hand over ticket.. kawan2 yg lain dah menuju ke parking.. suprisingly, no coverage at all dekat stadium tu.. tak kira lah CELCOM ker MAXIS ker.. hampeh.. (sbb penuh sgt dgn manusia kot) so kita org dah terpisah dr kawan2 yg lain.. bila dah sampai di pintu masuk, nasib baik dah ada coverage, jumpa cousin and adik husband.. ketika itu stadium sgt penuh dgn umat manusia..!! ya ampun, ada ke seat nie..??

kami berasak2 masuk ke stadium.!sungguh ramai giler.. naik ke tingkat 3, bila dah sampai no seats!! nak masuk pun tak bole.. terlampau ramai org, sampai husband mtk aku peluk dia dr belakang supaya tak tertinggal.. jgn harap lah dgn berpegangan tangan.. sure tercicir!! (di kala ini aku teringat sesuatu yg didalam perut aku, tp aku diamkan diri..tak mau fikir yg bukan2..)akhirnya kami turun kebawah semula, sampai lah game dah start kami masih tak dapat seats.. aku dah mcm fed up la kan, dah ajak husband tgk bola kat kedai mamak.,!!

Kami hanya berjaya duduk bila break time.. tu pun kena panjat lah bagai.. seksa!! (selalu tgk bola, tak de lah seseksa ini..!!) sikit hangin.. tp ikutkan jugak suami yg sgt excited.. Al-Hamdulillah, sgt berbaloi bila Malaysia menjaringkan 3 gol pd separuh masa kedua!! terlompat2 husband kesukaan!! sampai peluk nak timang aku lah.. (mcm larat je kan???)

Itulah bezanya tgk bola di stadium & di rumah atau di kedai mamak.. bole dpat rs kehangatan kemenangan!! sbb semua rakyat malaysia ketika itu bersatu hati dgn semangat satu pasukan!!

5 minit sebelum waktu perlawanan tamat, kami dah keluar.. tak nak berasak2 lagi..
Al Hamdulillah pukul 2230hrs dah sampai TBR, singgah dinner br balik.. aku kerja keesokkan hr nya..

Tuesday, January 4, 2011

SELAMAT DATANG 2011..


Salam Peeps..
Banyak post yg tertangguh, activity pun banyak.. tp tak der kesempatan..
Anyway HAPPY NEW YEAR 2011!!

Kenangan 2010 banyak terpahat di dalam hati.. suka + duka tetap abadi dalam diri, dalam hati!!I luv 2010..!! hehehe..

Now, Selamat Datang 2011..! semoga tahun ini diberi keberkatan untuk menjadi lebih baik dan terbaik dr tahun2 sebelumnya..!! Insyaallah..

p/s: i will post activities tertangguh after this..
tunggu..!!

Pages

Mari Klik Klik Kengkawan..

KURUS! KURUS! KURUS!