My Nuffnang

When 2 Become 1

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 30, 2010

Our Enggagement


Walaupun pertunangan kami dah basi tp as promised, aku akan abadikan di blog ini..
Pada mulanya kami tak merancang utk bertunang.. cukuplah sekadar kata rasmi dr keluarga sebelah my sayang dan kami telah mengambil keputusan utk bersatu 3 bulan selepas tarikh itu.. Kata org bertunang dugaannya lebih hebat.. Tapi, keputusan kami tdk dipersetujui oleh kedua ibu bapa aku.. Kami harus bertunang.. Sepatutnya keluarga si dia dtg pd hr Ahad seminggu selepas my sayang menyatakan hajat kepada kedua ibu bapa aku.. tp upacara sepatutnya utk penetapan tarikh bertukar menjadi majlis pertunangan.. Kuasa Allah kan??

U guys just imagined, i hv to prepared everything less than a week!!! make me so stressssedd!!! mcm mana?? kena lah hadap jugak.. kami cuma decide utk bg food for the hantaran.. cukuplah sekadar cincin.. itu yg penting pun kan?? Knp terlampau suntuk?? tak der masa lain yg sesuai.. sbb nya semua weekend date till March fully occupied dgn majlis kenduri and my sayang bz dgn class.. Apa kena mengena dgn kenduri org lain??? sbb dia adalah caterer kepada org2 yg berkenduri pada hari2 yg telah di booking.. tambahan, my sayang tgh buat master.. tak habis lg..
Alhamdulillah semuanya selamat.. Kami bergelar tunang pada 30th November 2009..



bonda si dia yg sarungkan cincin cinta kami



Inilah bonda si dia

diantara my sayang's siblings


my family..

Mana gambar my sayang?? Dia datang juga ms majlis nie.. Pertunangan aku ramai yg terkejut, especially to my friends yg duduk satu taman dgn aku... termasuk my schoolmate.. Ha ha ha.. Aku kan low profile.. (sila muntah..) bukan.. sbb dia tak pernah tgk my sayang.. dia org selalu nampak aku loneranger.. tambahan my sayang pulak pemalu dan kurang nak bergaul dgn org2 yg dia tak kenal.. tp my family knew him almost 10 yrs.. since aku kenal dia..


ini lah my sayang.. i like his janggut..



Saturday, May 29, 2010

Cinta Sejati

Aku tersentuh bila aku buka page kawan lama aku di FB pg nie dan aku tgk semua koleksi gambar2 dia... kawan aku ms di sekolah rendah.. Dia org yg bijak ms di sekolah.. dia juga terkenal dgn sifat kemanjaan.. semua org tau dia anak tunggal.. dia org senang.. segalanya cukup utk dirinya.. aku tak lah serapat mana dgn dia.. tp aku kenal dia.. menjalankan tugas sbg pengawas sekolah bersama2, satu pasukan perbahasan bersama dia.. satu pasukan tarian bersama dia.. jd aku tau dia.. melangkah ke sekolah menengah, dia ke sekolah lain dan aku kesekolah lain.. sampai lah masing2 melanjutkan pelajaran di IPTA.. kami terputus hubungan seketika...

Jumpa dia balik semasa majlis Reunion sekolah pd May 2006 di KEC Klang.. Majlis yg diketuai oleh aku sendiri.. aku berjaya mengumpul seramai 300 bekas pelajar SRKTKJ hasil pertolongan 10 org sahabat handai di bawah naungan aku.. Aku jumpa dia balik ms majlis itu.. Skrg dia bekerja dgn syarikat computer terkemuka di ibu kota.. Apa kaitannya dgn Cinta Sejati??

Kawan aku nie telah mendirikan rumah tangga tahun lepas dgn jejaka pilihan hati.. Aku tak pg majlis dia.. Mungkin ms tu aku sibuk, atau ader benda lain yg tak dpt aku elakkan.. Aku hanya tgk gambar dia di FB.. tak der yg aku realised apa yg kurang dlm majlis mereka.. Nampak meriah.. nampak mewah.. maklumlah anak tunggal..

Sampailah bila aku ke umah sahabat aku Anoi, utk menjemput sempena perkahwinan aku.. Ibu Anoi menceritakan yg Dia (kawan aku) berkahwin dgn suaminya yg tak cukup sifat.. fizikal yg tak sempurna.. hanya mempunyai sebelah tangan.. akibat dr kemalangan... aku terkejut tapi cerita itu berlalu begitu sahaja.. dan aku lupa..

Sehinggalah pg ini.. aku tiba2 ditarik utk mengetahui perkembangan dirinya.. uuuhhh.. shes preggy! dia menghitung hari skrg ni.. aku tgk album gambarnya satu persatu.. mmg benar, suaminya hanya mempunyai sebelah tangan.. menitik air mata aku.. luhurnya cinta mu kawan.. kau terima dia seadanya.. wpun aku dgr sebelum ini kau mendapat tentangan hebat dr keluargamu..

Aku tgk gambar kawin nya.. mmg sebelah tangah suaminya tak bergerak.. rupanya tangan palsu.. kalau aku tak di maklumkan, sumpah aku tak kan tahu sehingga hr ini.. Untuk mu kawan, aku doakan kau berbahagia dunia akhirat bersama suamimu dan anak yg bakal di lahirkan kelak..

Cinta yg sejati akan sanggup menerima pasangannya seadanya..
walaupun kawan aku nie punya rupa, punya harta, punya pekerjaan yg baik punya segala2nya tp dia tetap jadi dirinya.. tidak riak, tidak sombong dan aku yakin dia tidak pernah lupa pada yg ESA..


Ini adalah gambar terbaru mereka.. meraka mmg mengdokumentasi perjalanan baby since
day1 dia pregnant sampai lah saat baby dia org nak dilahirkan.. so sweetkan?? Beb, pinjam gambar.. tak der niat nak mengaibkan cuma nak berkongsi cerita bertapa tulusnya hati kau beb..



Friday, May 28, 2010

Anak buah ku..

Tgh duduk berehat, sudden teringat kat Betty, Yaya and Adik.. who r they?? Dia org adalah anak buah kesayangan aku.. Ms bujang dulu, kalau aku balik umah mak aku, aku akan pastikan yg dia orag nie ader.. tak lengkap kalau tak jumpa dia org.. Dia org panggil aku AUNTY.. Aku ader 7 org anak buah..They are Adam, Eisya, Ariff, Adik, Yaya,Betty & Ashman.. Let me citer 01 by 01 k..

How to describe them???

tgk rambut Betty.. terpacak!!!

Betty; aku jer yg suka2 panggil dia dgn nama tu.. suka hati aku.. kdg2 aku panggil dia Demy.. kdg2 Anja.. ikut suka hati aku and mood aku.. Nama sebenar dia DAMIA' BATRISYIA.. Lil princess of my adik.. adik??? yup adik.. adik aku melangkah bendul haku.. ha ha ha.. dia kawin dulu, br akak dia.. tp tak kisah lah kan.. jodoh kan kerja Allah.. Back to Betty; dia sgt manja with Atuk & Nenek termasuklah aku.. Kami adik beradik, pantang ader small baby, we will treat them very special.. we loves budak.. My mum and dad mmg jaga cucu dia dr baby.. she will treat cucu mcm anak dia sendiri.. and most of their grand child panggil dia org Emak & Abah.. like us! This Betty stay with my mom ms ibu dia bekerja.. my sister pun mmg banyak abiskan ms kat umah my mum.. almaklumlah .. Betty is very special.. bijak.. nampak hp, she will put at her ear and say hello.. comelkan?? nampak laptop, she will action like org yg dah pandai typing.. Suprisingly, she manja with my sayang too... its shown ms kami kahwin ari tu.. and everytime my self and my sayang ada dgn dia, dia tak lepas my sayang.. mtk dokong la bagai..


skrg rambut Betty dah panjang..

This is Aizureen Sophia also known as YAYA..



This gurl was very bossy.. Lil Princess of my eldest brother.. Dulu sblm Betty lahir, Yaya adalah penghibur kami.. Dia lebih manja dr Betty.. and
yg peliknya semua treat her like a puteri.. Dont be surprised, shes high maintenance k.. very demanding..and shes like singing.. apa jua lagu dia tau.. kalah aunty dia.. hafal pulak tu.. guess berapa umur dia?? just turn to 4 years old.. tp dia bijak.. like her father .. tp kalau dia bad mood, sorry lah, hanya my mum yg bole pujuk dia.."aunty, yaya nak jd flower girl ms aunty kahwin nanti, bole tak..??" and aku pun jawab "OK" and dia jerit.. "yeay!!" next week nya, bila aku balik umah my mum yaya tunjuk dress flower girl yg mama dia belikan.. cute dan demanding kan?? (pandainya dia mtk kat mama dia.. jimat duit aunty ms tu.. hahaha) and now, Yaya dah kurang sikit manja dia.. since ader Batrisyia (sbb dia org 2 org nie my mum yg jaga).. shes now pretend mjadi kakak.. and dia pun bahasakan diri dia "kakak.." tp bila papa dia ader still manja gak.. skrg nie pulak Yaya dah ada adik..- Ashman Hamzah.. Maka dia betul2 lah dah jd kakak.. Sorry Ashman, Aunty belum ambik gambar awk lg.. nanti dah captured aunty download kat blog Aunty nie, k..



during our reception..

Aleeya is a little gurl yg sgt pemalu.. br sergah sikit dah menyorok bwh ketiak ayah
dia.. Dia tak mcm kakak & abg dia.. sampai aku nak bawak pg kedai pun dia tak nak ikut.. Dia cuma nak ikut ayah atau ibu dia and her Bibik..Kalau yg lain, pantang aku bersiap semua sibuk tanya; "Aunty nak pg mana? Nak ikut bole??"



One thing special about Aleeya, she's sharing birthday date wit our beloved mum a.k.a NENEK to Aleeya on 9th October..



Ariff Danial pulak little boy yg mementing keterampilan.. percaya tak?? he will make sure his self smart & tidy, look handsome and gorgeous.. makan?? dia jarang mkn nasi.. he most like mee (nie hasil didikan bibik dia lah nie..)tp dia tak leceh.. if he want something dia akn ckp.. if say cannot he will quite.. kejut bangun pg?? paling senang.. laju jer..


ariff..


Alyssa?? dah darjah dua.. sekejap jer.. dia mmg mcm aku.. exactly! my mum always mentioned.. "Eisya nie mcm aunty la.." nie pun demanding gak.. tp tak sehebat Yaya.. Dia manja.. nak bangun tdo??? uuuuiiihh payah.. tak mcm adik dia ariff.. bila exam dia dpt nombor 1, she will call me... eisya nak hadiah.. Bila aku ader kat umah my mum, dia mesti akan tdo dgn aku.. tak nak balik umah dia.. sbb dia tau, aunty dia akan fullfill apa yg dia org nak..



eisya..

with Yaya and Eisya

Adam Danial, is the eldest nephew.. Mjadi anak buah pertama, he got everything what he want! ms tu dia tak der adik lg.. and my sibling ramai yg belum kahwin accept ayah adam.. Adam now dah 12 thn.. dah besar.. Aku dgn Adam nie panas sikit (ms adam kecik).. kih kih kih.. ader jer.. (sbb Adam nya bday 01 day after my bday.. sbb tu panas kot..) now, tak lg.. dia dah besar.. dia tau dah mana baik mana buruk.. Adam aktif sukan.. wakil district for sepak takraw.. and hr tu Daerah Klang menang.. and Adam adalah salah sorang participate. Tahniah Adam... Keep it up!



Nie lah diantara mereka2 yg aku sayang.. penghibur.. periuh.. tanpa dia org mesti bosan kan?? Sbb tu kalau bole aku akn penuhkan apa yg dia org mintak.. I love u olls...!! For Ashman, sorry.. Aunty tak der gambar awk.. tp awak sgt humble.. u, handsome! wpun br 5 month! mata bulat... yg penting awk low maintenance tak mcm kakak yaya.. ha ha ha..


Tuesday, May 18, 2010

OUR RECEPTION VIDEO TEASER

As i'm still yet to receive the soft copy of our wedding pictures from our OP's,lets enjoy this video teaser first... Credited to our OP Mr. Farul Azree & Mr.Daniel Malik from Click-Syndicate. will keep you posted when we recieved from them..


Azwana + Amrin | The Reception - Klang from Click*Syndicate on Vimeo.



Enjoy!!

Friday, May 14, 2010

Kenapa???

Malam td aku rs sayu.. sayu yg tiba2.. Perasaan ini dtg bila smlm Si Suami memanggil Si Isteri.. dan bila aku dgr apa yg dia sampaikan kpd aku, aku tahu.. itu semua bukan yg aku mahu.. aku cuma mahu dirinya... Hidup mati bersama dengan penuh rs sayang.. dgn penuh rs kasih.. dgn penuh rs cinta.. dan perasaan ini ingin kami kongsikan bersama anak2 kami kelak.. Insyaalah..

Sayang, awk maklumkan yg nama sy sekarang telah tercatat sebagai pewaris dalam apa jua yg awk ada. "Seandainya apa2 jd kat sy, andainya sy pergi dulu.." kenapa perlu keluar ayat itu??? haruslah sy tersentak..! tba2 hati sy jadi sayu.. jd takut.. awk ckp seolah2 awk hendak pergi meniggalkan sy.. Iya, awk cuma hendak maklumkan pd sy.. Sy tau.. Tp sy tak nak dengar itu semua! Sy tak nak awk ckp mcm tu lg.. Awk tau sy sayang awk mcm mana kan?? Sy tak bole hidup tanpa awk.. Kalau bole sy nak sehidup semati dgn awk.. Sy sayang awk.. awk tau kan??

Tuhan, aku bermohon kepadaMu.. berkatilah perhubungan suami isteri antra kami.. Jauhkanlah kami dgn perkara2 yg tdk diingini.. Amin..

Seperti biasa aku tidur dalam dakapannya, tp kali ini aku peluk dirinya erat2.. Aku ingin dia tau yg aku perlukan dia sampai bila2.. Sempat aku bisik ke telinganya ; Wana sayang awk sgt2.. dia senyum padaku dan membalas pelukan ku.. menitik air mata si isteri.. I Luv U, sayang..


Thursday, May 13, 2010

SAYANG KU OH SAYANG KU..

Saja nak ceritakan hal my sayang smlm..
As usual, kalau i kat ofis.. dalam 1700hrs, i akn call my sayang tanya dia nak mkn apa for dinner.. harap maklum sy mmg masak utk my sayang.. itu yg dia minta..

smlm, i mtk my sayang tlg kuarkan ikan , ayam dr fridge.. frozen kan..? so by the da time i balik, dah bole siang.. tp smlm dia kata; dia nak mkn simple jer.. dia mtk i masak sardin, goreng ikan bilis bsama bawang & cili padi and telur goreng..(nie i nyer favorite..) mcm tak percaya jer kan?? i tanya dia balik, betul ker?? Ya Allah senang giler kerja i smlm..



Bila i sampai rumah.. dia tak der.. keluar jumpa kwn.. tapi smlm paling menarik.. bila i buka pintu, i tgk rumah i sgt kemas.. (sblm nie sepah lah juga, tak sempat kemas sbb br balik dr honeymoon.. ha ha ha)carpet dah bervacum, rak buku tersusun (siap beralas lg..) dah tak berhabuk tv table, meja makan dah bertukar alas.. bole kata my hall tu kemas dan bersih..baju dah berangkat dr ampaian..(tp tak berlipat) tq sayang, sbb tolong sy.. (hr tu mmg sy bising kat dia, sy complaint mcm mana sy kuar pg kerja, bila sy balik keadaan rumah pun mcm tu juga..)dalam erti kata tersirat, mintak tolong kemas umah.. kih kih kih.. since hubby kerja sendiri, banyak ms yg terluang tak salah tolong isteri kan??

Anyway,sy sgt appreciate.. kena ubah perlahan2 sikap & sifat sebelum berkahwin dah selepas kahwin.. Thanks again to my sayang..

Wednesday, May 12, 2010

KONSERT RAMLI SARIP

On 10 May 2010 my self and my sayang went to Petronas Philharmonic KLCC to watch THE LEGEND - RAMLI SARIP show.. wooowwww!!! Ini singer mmg superb.. sy sgt terpegun dgn show dan suaranya.. tak berubah beb.. sama!!




This concert is the 1st concert we went together with My sayang after bergelar hubby and wifey..dan 01 day after kami balik dr HONEYMOON! ohh not bad.. I knew my sayang mmg giler kan show yg mcm nie.. Hr tu dia pg Amy (Search) nyer show di istana Budaya.. tp ms tu sy tak ikut.. kenapa ek?? oohh sbb my hubby dah plan earliest (b4 kawin) dgn kawan2 dia.. tp tak kisah sgt lah kot..
biarlah dia pg dgn kawan2nya..

Kami bukan sj pergi berdua, tp bersama hubby's cousin & wife.. My Sayang and the cousins mmg suka sgt benda2 mcm nie..(i'm observing.. ha ha ha)





Ha... 1 lg yg menarik ttg show nie, RAMLI SARIP presented bersama dgn ORKESTRA (lupa nama Orkestra tu..) dan salah seorang dr ahli kumpulan orkestra itu adalah kawan lama sy ( my xboy).. Dia pemain chello (betul ker spelling nie)..sebelum my sayang beli ticket utk kami, sy ader call kawan sy nie sama ada bole dpt seats yg best with special price.. ha ha ha.. mana lah tau dpt kan?? so credit utk kami.. tp kawan sy belum pasti sama ada dia terlibat dgn show nie atau tdk.. 02 days before the show i recieved call drpd dia mengatakan yg dia terlibat.. disebabkan my sayang dah beli ticket utk kami, sy ckp dgn kawan sy jumpa katsana je lah.. sy maklumkan benda nie kat my sayang..

On that day, b4 the show started.. i langsung tak igt pasal kawan sy tu.. sampai lah sy dah duduk kat depan stage and sumer musician dah ambik tempat and i saw him.. and my sayang tanya yg mana 1 kawan sy tu.. sy pun tunjuklah.. and sy tak nak concerntrate sgt kat kawan sy tu sbb takut my sayang kecik hati..ha ha ha.. frankly, my mind ms tu teringat balik kenangan yg dulu..zaman 12 tahun yg lepas.. zaman ms sekolah.. zaman sebelum masuk UiTM..zaman kawan sy tu kecewakan sy.. tp past is past.. hati sy dah terubat bila jumpa MY SAYANG ms study di UiTM.. dan sampai lah hr ini - Alhamdulillah kami bergelar suami isteri..Kawan sy tu pun dah kawin.. anak dia dah 3 org pun.. sbb dah lama tak jumpa kotttt ttba pulak fikiran tu mengada teringat dgn kisah lama.. tp org ckp MEMORIES REMAIN kan?? After the show, my sayang mtk i say hello to kawan sy tu.. tp sy tak nak.. sy cuma angkat tangan kat dia ms kami nak keluar dr dewan.. (perasan jugak kawan sy pandang kami dr atas stage during the show)..keluar dr hall, we quickly queue up utk berjumpa RAMLI SARIP.. lebih menarik..!!!










Walau apa pun, hati sy hanya utk my sayang.. insyaallah, tak kan berubah dan mintak dikekalkan sampai bila2.. To My Sayang; I luv u so much from the bottom of my heart..!!


Tuesday, May 11, 2010

TUNGGU...

Hello..
Di sebabkan masih baru dgn blog nie, dah ader permintaan utk sy post kan cerita tentang perkahwinan sy, persiapan perkahwinan la bagai.. jgn risau.. akan sy post kan didlm blog nie..blog nie kan cerita tentang sy dan my sayang.. sy tgh tunggu semua soft copy drpd OP, photogarapher2 tak rasmi utk didownload kan dalam blog nie..

so, utk rakan2.. tunggu update drpd sy k..
tunggu...

Monday, May 3, 2010

Aku Garang??

Betul ke aku garang??
Ramai yg ckp aku garang? Tp aku garang ker??
Dari sekolah lagi ramai cakap aku nie mmg garang.. Aku garang? betapalah kan??..
tak kot.. tapi aku admit yg aku nie STRICT bila melakukan sesuatu dan aku sgt committed dgn tugas yg diberi.. tapi aku BAIK..he he he (sila puji diri sendiri)

Kenapa keluar statement nie?
oooh.. antara KAWAN & KERJA...
Bagi aku, KAWAN adalah KAWAN dan KERJA adalah KERJA..

Belajar dgn aku??
Aku very willingness to help people.. dalam apa jua faktor atau apa jua keadaan selagi aku mampu menolong aku akn tolong.. Belajar (terms of work)walau seribu kali org itu bertanya akan seribu kali jua aku akan tolong jawab.. asal kan org itu betul2 mau belajar.. tak susah kerja dgn aku.. aku bukan org yg complicated.. aku sgt simple, tp tolong lah serius dan committed dgn task yg diberi.. mistake? nobody perfect.. aku pun tak sempurna.. tp careless mistake adalah sesuatu yg sgt tak bole diterima.. sekali; aku OK, 2 kali ; aku OK, 3 kali aku masih OK.. kali ke 4.. SMI!!! please lah..

Aku tak berniat untuk menjatuhkan ko wahai KAWAN.. aku nak tolong kau...aku hanya menjalankan tugas..


Sunday, May 2, 2010

MARIJUANA

Aku tertarik dengan artikel nie.. Kenapa ramai yg terjebak dgn dadah?? dadah kan musuh negara.. aku tertarik dgn artikel ini sbb ramai yg menganggap dadah jenis ini dikatakan tak sama dgn dadah yg lain.. Bole dikatakan ramai lelaki yg terjerumus dgn dadah jenis ini dan bila ditanya; diantara jawapan mereka adalah; ganja adalah dari bahan semulajadi dan ia tdk merbahaya kalau nak dibandingkan dgn jenis dadah yg lain.. Wak Lu!! kalau tak merbahaya kenapa Ganja diharamkan di Malaysia?? - sbb korang2 sendiri(yg terjerumus dgn benda nie)yg menyalah gunakannya.. dalam erti kata lain, PENYALAH GUNAAN DADAH...


" Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan.

Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.

Kimia dan Kesan kepada Neuron

Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol (THC). Ganja juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan dengan THC. THC bersifat lilpofilik ( lilpophilic ) dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan ( withdrawal ). THC mengambil masa berminggu minggu untuk keluar dari badan manusia. THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik (sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia.

Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik. Tiada reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal pernafasan dan fungsi jantung. Kekurangan reseptor CB di medula adalah punca mengapa pengguna ganja tidak mudah mati jika terlebih dos. Neil Goodman menyebut,

" Both subtypes (CB1 and CB2) belong to the seven transmembrane spannir receptor family with a seven a-helices spanning the cell membrane. The intracellular loops of the receptor protein are involved with the G-proteins responsible for the transduction of the intercellular signal. This G-protein-coupled receptor causes the inhibition of the enzymatic activity of adenylate cyclase responsible for the production of cyclic adenosine monophosphate (cAMP) in the cell." [Neil Goodman, 2003, erowid.org].

Reseptor CB terletak di dalam neuron presinaps. Seperti kata Kreitzer dan Regehr, apabila salah satu penghantar biasa seperti glutamat atau GABA meransang neuron postsinaps, neuron tersebut membebaskan bahan kimia cannabinoid ( contohnya anandamide atau 2-AG). Penghantar tersebut kemudiannya kembali kepada neuron presinaps bagi mengurangkan penghasilan cannabinoid buat sementara waktu.

THC boleh merencat keplastikan sinaps otak. Ini adalah disebabkan reseptor CB1 mengubah keplastikan sinaps bersandar cAMP dan seterusnya menghalang pengambilan sinaps baru dengan cara merencat penghasilan cAMP."

So, kepada sesiapa yg terjerumus dgn benda nie, artikel diatas menerangkan diantara akibat mengambil benda haram jadah nie!! Jadilah rakyat berguna untuk agama, masyarakat dan negara!!


Saturday, May 1, 2010

SALAM UKHWAH

Salam ukhwah..
Akhirnya aku dapat juga create blog sendiri.. itu pun hasil pertolongan dari Yani & Wani (my SIL).. thanks so much.. anyway, banyak lagi yg aku tak faham and banyak lagi benda yg aku tak masuk kan lagi dalam blog aku nie.. he he he.. almaklumlah, buta IT..

Bila dah ader blog nie, banyak yg terlintas kat kepala hotak nie apa yg nak diceritakan.. banyak sangat.. about my self.. cerita tentang my sayang.. cerita tentang my families and etc.. rajin dgn tak rajin jer.. dan kononnya, bila ader anak nanti utk bagi diaorg baca cerita tentang Mama & Babah dia.. senang, dia org tinggal baca jer.. (ya allah ya Tuhan ku kurniakan lah zuriat kepada kami.. amin..)

Aku nak bodek En Suami utk masuk streamyx kat umah.. senang sikit beronline.. (Harap2 en Suami setuju)..


La nie, aku berwifi di umah MIL.. skrg 0457hrs.. dimanakah suami ku?? he just came back fm SRS duties and kul 4 td dia bersiap utk Kiamulail di surau.. Aku?? dah tdo td... tersedar bila My Sayang balik.. maka di depan lappy ini aku berlabuh.. (tgh ader mood) he he he..

Till here..


Pages

Mari Klik Klik Kengkawan..

KURUS! KURUS! KURUS!